Ibu Mertua (2) – Tanyalah Ustaz 25.09.2012
Ustaz Mohd Hanafiah Abdul Malek Bacaan surah Al-Ikhlas: Jika dibaca 3x, pahalanya seumpama khatam Al-Quran. Ayat ini diturunkan setelah peristiwa Nabi SAW dikepung oleh kaum musyrikin. Ayat ini menegaskan bahawa hanya Allah tempat untuk meminta, tetapi kita hari ini banyak meminta daripada makhluk. Ayat ini elok diamalkan 3 kali sebelum memasak nasi, sebelum masuk ke rumah sendiri atau rumah mertua, sebelum pergi kerja, sebelum bersama pasangan, sebelum menyentuh kepala anak-anak. InsyaAllah, ayat ini akan dapat melembutkan hati ibu mertua. Jangan melawan kata ibu mertua, selalu puji masakannya, tak perlu beritahu jika tak sedap. Boleh juga baca ayat ini, hembus pada tangan dan sedut kembali dan sapukan pada wajah sehingga ke belakang kepala. Ayat Al-Quran ini ada auranya, InsyaAllah orang akan lebih lembut hati ketika memandang kita. Senarai soalan dan jawapan: S: Benarkah ibu mertua dan ibu sendiri sama tarafnya dalam Islam? J: Dalam satu hadis, Nabi SAW bersa...