Tanggungjawab Adik-Beradik (1) - Tanyalah Ustaz 20.06.2012
Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim Bacaan surah Ibrahim ayat 22 yang bermaksud: Alhamdullillah diberi peluang bertemu lagi. Semoga kita dapat saling ingat-mengingati kerana sesungguhnya peringatan itu amat berguna bagi orang yang beriman. Tajuk hari ini nampak mudah tetapi sukar dilakukan dan hakikatnya ramai adik-beradik yang bertelagah hari ini. Puncanya adalah kerana sikap kita sendiri juga yang tidak mahu kembali kepada ajaran Nabi SAW yang mengajar agar kita bersatu-padu. Kembali kepada ayat yang dibacakan tadi – Syaitan telah melakukan dosa yang sangat besar kerana dia mengajak umat manusia agar ingkar kepada Allah, Rasul SAW dan suruhan dan larangan Allah dan Rasul-Nya. Banyak pertelingkahan dalam keluarga yang berlaku kerana hasutan iblis, dan kerana kita jauh dari Allah. Syaitan juga sentiasa mengajak kita mempunyai sifat-sifat mazmumah seperti hasad, suka mengumpat, mengeluarkan kata-kata kotor dan banyak lagi. Perbuatan-perbuatan ini akan menyebabkan kita d...