Turunnya Al-Quran & Penghayatannya (1) - Tanyalah Ustaz 15 Ramadhan 1433H (04.08.2012)
Ustaz Dr. Danial Zainal Abidin Al-Quran merupakan acuan mukjizat terbesar. Orang yang mendekatinya mendekati rahmat Allah, manakala orang yang menjauhi Al-Quran menjauhi rahmat Allah. Bacaan surah Al-Baqarah, ayat 185: Huraian ayat: Ayat ini terasa lebih indah apabila kita memahami maknanya dan ianya meledakkan kesucian diri, minda, hati dan kehidupan kita. Oleh itu kita perlu mengkaji di samping mengaji Al-Quran. Jadi, mari kita ‘bedah’ ayat tadi: Al-Quran diturunkan pada bulan Ramadhan – orang yang membaca ayat ini akan berasa pelik. Kenapa? Sepertimana yang kita maklum: Al-Quran diturunkan sedikit demi sedikit selama 23 tahun. Namun dalam ayat ini Allah nyatakan yang Al-Quran diturunkan kesemunya dalam bulan Ramadhan, tetapi tidak menyebut bahawa ianya diturunkan secara sedikit demi sedikit. Ayat ini sebenarnya ditafsirkan pula dengan ayat Quran yang lain iaitu daripada Surah Al-Qadr, ayat 1: Dalam ayat ini dinyatakan yang Quran diturunkan pada satu m...