Turunnya Al-Quran & Penghayatannya (1) - Tanyalah Ustaz 15 Ramadhan 1433H (04.08.2012)
Ustaz Dr. Danial Zainal Abidin
Al-Quran merupakan acuan mukjizat
terbesar. Orang yang mendekatinya mendekati rahmat Allah, manakala orang yang
menjauhi Al-Quran menjauhi rahmat Allah.
Bacaan surah Al-Baqarah, ayat 185:
Huraian ayat:
Ayat ini terasa lebih indah apabila
kita memahami maknanya dan ianya meledakkan kesucian diri, minda, hati dan
kehidupan kita. Oleh itu kita perlu mengkaji di samping mengaji Al-Quran. Jadi,
mari kita ‘bedah’ ayat tadi:
Al-Quran diturunkan pada bulan
Ramadhan – orang yang membaca ayat ini akan berasa pelik. Kenapa? Sepertimana
yang kita maklum: Al-Quran diturunkan sedikit demi sedikit selama 23 tahun.
Namun dalam ayat ini Allah nyatakan yang Al-Quran diturunkan kesemunya dalam
bulan Ramadhan, tetapi tidak menyebut bahawa ianya diturunkan secara sedikit
demi sedikit. Ayat ini sebenarnya ditafsirkan pula dengan ayat Quran yang lain
iaitu daripada Surah Al-Qadr, ayat 1:
Dalam ayat ini dinyatakan yang Quran diturunkan pada satu malam di bulan Ramadhan, iaitu malam Al-Qadr.
Oleh itu, kita tidak boleh mengagak-agak dalam mentafsir Al-Quran, bahkan boleh jatuh
haram hukumnya jika dilakukan. Dalam satu hadis Nabi SAW yang bermaksud, “Barangsiapa yang mentafsir
Al-Quran menggunakan akal semata-mata, sila ambil tempat dalam neraka
jahannam”. Cara terbaik untuk memahami Al-Quran adalah dengan merujuk kepada
kitab tafsir yang muktabar. Antaranya kita perlu merujuk kepada kenyataan sahih
daripada sahabat Nabi SAW. Contohnya daripada Abdullah Ibnu Abbas r.a. yang berkata, “Allah
menurunkan Al-Quran sekaligus daripada Luh Mahfuz ke langit dunia pada malam
Al-Qadr, di bulan Ramadhan, sebagai persiapan sebelum diberikan sedikit demi
sedikit kepada Nabi SAW. Al-Quran diturunkan melalui perantaraan Jibril. Nabi
SAW kemudian meminta sahabat menulis dan menghafalnya agar ianya terpelihara.
Mengikut pandangan saya, semua umat Islam perlu faham sejarah penurunan
Al-Quran agar keyakinan kita terhadap Al-Quran yang sumbernya iaitu Allah SWT
mantap. Jibril akan datang untuk mengulangkaji Al-Quran bersama Nabi SAW setiap
kali bulan Ramadhan.
Ketika zaman khalifah Abu Bakar,
Al-Quran mula dihimpunkan dan dibukukan sebagai sebuah salinan ibduk. Setelah
Abu Bakar wafat, salinan itu diberikan kepada Umar. Selepas Umar wafat, salinan
Al-Quran itu diberikan pula kepada Hafshah r.a. untuk disimpan. Bayangkan
bagaimana seorang wanita pernah diamanahkan untuk memegang sumber terpenting
dalam Islam. Oleh itu, jangan dihina wanita Islam kerana mereka mempunyai
kedudukan yang penting juga dalam Islam. Setelah Khalifah Uthman memerintah,
barulah Al-dibuat salinan yang banyak yang menjadi dasar kepada percetakan
Al-Quran yang sampai kepada kita hari ini. Ini juga merupakan sebab mengapa Quran
kita dipanggil ‘resam Uthmani’.
Apabila saya mengkaji agama lain dan
kitab mereka, didapati kesahihan kitab agama Islam yang paling menonjol.
Contohnya, ada kitab agama lain yang ditulis di atas kertas ‘papyrus’ yang
mudah hancu. Setelah hancur, kandungan kitab ditulis pula oleh orang yang
terkemudian dan memasukkan nota atau pandangan penulis baru itu. Walaupun
menyedari hal ini, orang kafir masih mempercayai bahawa kandungan kitab mereka
datang daripada Tuhan mereka. Saya pernah bertemu dengan seorang pakar Bible –
Dr. Frederick yang kemudiannya menjadi paderi. Dia sendiri mengaku yang
perkara sama turut berlaku pada Bible. Ini bukan pandangan saya, tetapi
pandangan seorang paderi. Setelah dia mengkaji Al-Quran pula, dia juga
mendapati bahawa Al-Quran merupakan kitab yang tidak berubah daripada zaman
Nabi SAW dan para sahabat dulu. Inilah bukti janji Alah sepertimana firman-Nya
dalam surah Al-Hijr, ayat 9:
Kesimpulan:
- Dengan memahami sejarah penurunan sehinggalah ianya dibukukan akan memberi lebih kefahaman & penghayatan kita terhadap Al-Quran.
- Fahamilah isi Al-Quran, dan rujuklah pada tafsir yang sahih
- Sebarkan isi Al-Quran
Senarai soalan & jawapan:
S: Apakah tujuan utama Al-Quran
diturunkan?
J: Izinkan saya merujuk kembali pada
ayat yang dibaca di permulaan tadi. Saya tertarik kepada bahagian yang menyebut
– “Al-Quran diturunkan sebagai petunjuk kepada manusia”. Di sini tidak
dinyatakan yang Al-Quran itu hanya untuk orang beriman saja, tetapi untuk
kegunaan semua manusia”. Jika perjalanan yang dekat pun kita perlukan peta,
inikan pula perjalanan yang lebih jauh lagi iaitu dari dunia ke akhirat.
Al-Quran menjadi panduan untuk menunjuk kepada jalan yang lurus dan selamat.
Al-Quran bersifat umum – untuk orang Islam dan juga untuk orang bukan Islam. Orang bukan Islam juga boleh mengkaji Al-Quran dan mendapat hidayah Allah.
Antara contoh mereka ialah Dr. Jarrel Frederick, Dr. Jeffrey Lang, Prof.
Milan, Dr. Gary Miller dan ramai lagi. Secara analoginya, orang bukan Islam yang mengkaji Al-Quran berpindah daripada
kegelapan kepada ‘pintu gerbang’ kebenaran. Orang yang dilahirkan Islam pula
sudah melepasi ‘pintu gerbang’ ini dan mendapat panduan untuk terus berjalan
selepas itu. Al-Quran memberi manfaat kepada semua golongan manusia. Dalam
surah Al-Hujurat, ayat 3, Allah berfirman yang bermaksud:
Gelaran tertinggi pada sisi Allah
ialah gelaran taqwa, sedangkan gelaran yang diberi manusia belum tentu lagi
mencerminkan kemuliaan seseorang itu. Janji balasan untuk orang bertaqwa ialah
syurga seperti yang banyak kali disebut dalam Al-Quran. Itulah keutamaan
diturunkan Al-Quran – sebagai petunjuk agar manusia dapat mencapai taqwa dan
kemuliaan.
S: Bagaimana untuk berinteraksi
dengan Al-Quran?
J: Pertama: kena betulkan sikap dan
cara fikir tentang Al-Quran. Rujuk kepada surah An-Nahl, ayat 30 yang
bermaksud:
Dalam ayat ini, apabila ditanya apa
yang Allah turunkan, jawapannya – “Kebaikan”. Jawapan ini pendek tapi mantap. Oleh itu, walaupun kta tidak
faham Al-Quran sepenuhnya, kita mesti yakin dan percaya yang Al-Quran itu
dipenuhi dengan kebaikan. Kita tidak boleh sekali-sekali mengatakan yang ayat
Al-Quran itu tidak sesuai lagi pada zaman ini. Jangan sekali-kali.
Kedua: Kita baca Al-Quran dengan
tartil seperti yang disebut dalam ayat 4, surah Munzamil. Jangan baca macam
keretapi memecut laju J
Ketiga: Mentadabbur Al-Quran dan
kandungannya. Kena mengkaji disamping mengaji.
Keempat: Kena tamassuk (berpegang
teguh) dengan Al-Quran.
S: Diriwayatkan hati Sayyidina Umar
yang keras telah tunduk setelah mendengar bacaan surah Toha. Adakah tokoh-tokoh
sains yang telah mendapat hidayah
melalui kajian mereka?
J: Umar yang pada asalnya ingin
membunuh Nabi SAW menjadi lembut hatinya setelah mendengar bacaan Al-Quran. Oleh
itu, mungkin juga membaca Al-Quran ini adalah formula yang boleh diamalkan
untuk melembutkan hati sendiri dan juga hati anak-anak. Jika tak mampu atau tak
mahu baca, cuba perdengarkan dahulu. Persoalannya – adakah orang yang mengkaji
Al-Quran mendapat hidayah melalui kajian mereka? Subhanallah, ramai sekali.
Antara contohnya, Miss Yvoone Ritley, seorang wartawan barat yang pernah saya
jumpa di Pulau Pinang. Dia menceritakan yang dia pernah ditawan Taliban dan
meminta dilepaskan dengan janji yang dia akan mengkaji Al-Quran. Setelah dia
dilepaskan, dia betul-betul mengkaji dan akhirnya memeluk Islam. Bandingkan
dengan kita pula, kita baca Al-Quran dengan berlagu merdu, tetapi sayangnya
tiada pemahaman dan penghayatan. Inilah yang Allah tanya dalam surah An-Nisa’, ayat 82:
Seorang lagi tokoh sains yang saya pernah hubungi ialah Dr. Gary Miller. Die merupakan pakar sains dan matematik yang dihadiahkan Al-Quran
dengan terjemahan Bahasa Inggeris. Dia mengkaji kandungan Al-Quran dan
akhirnya memeluk Islam. Bahkan, dia sendiri telah menulis sebuah buku yang
bertajuk, “The Amazing Quran”. Dia menggunakan perkataan takjub (amazing) untuk
menggambarkan kesungguhan penghayatannya. Ada ramai lagi contoh seperti ini
sebenarnya. Ada yang memeluk Islam setelah melihat fakta sains dalam Al-Quran
yang hanya baru dapat dibuktikan melalui sains mutakhir ini. Oleh itu, kita
juga ingin mengambil pengajaran daripada kisah mereka ini agar keimanan kita
juga membuak-buak, InsyaAllah.
S: Dalam kepesatan sains dan
teknologi, bagaimana untuk membuktikan Al-Quran itu benar dan menjadi keutamaan
terutama dalam ‘decision making process’?
J: Ini tajuk yang akan dibincangkan
esok pagi – ‘kaitan antara sains dan Al-Quran’. Apa pendapat yang mengatakan
tak boleh dikaitkan dan saya hormati, namun yang mengatakan boleh ada ramai
juga. World Muslim League telah menubuhkan satu Suruhanjaya yang mengumpulkan
para saintis dan para ulama. Ada satu kitab yang boleh saya cadangkan untuk
mendalami ilmu Al-Quran iaitu kitab “At-Tibyan fi ‘ulumil Quran ', karangan
Syeikh Mohd Ali As-Sabuni. Ada banyak fakta dalam Al-Quran yang hanya dapat
dibuktikan dengan kajian sains. Contohnya, Al-Quran menyatakan bahawa dalam air
terdapat dua gelombang air dan ini hanya dapat dibuktikan melalui penemuan
sains ‘oceonography’.
S: Dikatakan Al-Quran dapat
menenangkan jiwa pembacanya. Bagaimanakah mukjizat Al-Quran itu menenangkan
pembacanya?
J: Allah berfirman yang bermaksud:
"Dengan berzikir mengingati Allah, hati akan tenang". Salah satu
zikir terbesar ialah membaca Al-Quran. Baca Al-Quran dengan mengikhlaskan hati dan fokus sepenuhnya, InsyaAllah akan memberi ketenangan. Daripada
1 dapatan kajian di Amerika, Dr. Akbar memasang Al-Quran di kliniknya dan didapati
ada kesan positif pada fizikal pada pesakit Muslim dan bukan Muslim.
S: Bagaimana membudayakan Al-Quran
dalam kehidupan seharian?
J: Ada orang baca Al-Quran cuma dalam bulan Ramadhan saja, sedangkan Allah
beri AL-Quran sebagai penawar untuk sepanjang masa, bukan di bulan ini saja. Saya
cadangkan benda mudah - setiap hari baca dan faham sekurang-kurangnya 10 ayat!
Setiap rumah mesti ada tafsir Al-Quran. Almari di ruang tamu itu letaklah di
dalamnya tafsir dan buku-buku, bukannya pinggan mangkuk. Pinggan mangkuk
tempatnya di dapur. Belilah kitab tafsir Al-Hamka.