Turunnya Al-Quran & Penghayatannya (2) - Tanyalah Ustaz 16 Ramadhan 1433H (05.08.2012)
Ustaz Dr. Danial Zainal Abidin
Bacaan surah Ar-Rad, ayat 31:
Ayat ini indah kerana menceritakan kekuasaan Al-Quran. Jika kita benar-benar memahami cuma satu
ayat ini sahaja sekalipun, ia pasti akan mendatangkan rasa cinta yanga amat
sangat kepada Al-Quran. Syeikh Hamka, dalam tafsir Al-Azhar, mengatakan ketika
membahaskan ayat ini – “Cuba lihat ketika zaman Jahiliyyah, orangnya mundur,
tetapi dengan kehadiran Al-Quran, mereka yang pada asalnya pengembala unta
menjadi pencipta sejarah. Empayar Rom dan Parsi juga akhirnya tunduk kepada
kekuasaaan Islam”. Dengan kata lain, seolah-olah apa yang dikatakan dalam ayat
ini telah pun direalisasikan, dimana hati orang yang mati hidup semula dengan
Al-Quran. Pengajaran penting kepada
kita ialah jangan sekadar mengaji Al-Quran, tetapi kajilah dan fahamilah juga
maksudnya. Dalam ayat 82, surah An-Nisa’:
Al-Quran merupakan kitab yang hebat, namun tanpa pemahaman,
kita takkan merasa akan kehebatannya. Oleh sebab itulah kita tadarrus cuma di
bulan Ramadhan, tetapi di bulan lain, tak baca terus.
Kesimpulan:
Al-Quran itu terlalu indah. Jadi, di bulan Ramadhan ini, di samping tadarrus Al-Quran, cuba belajar untuk memahami isi kandungan Al-Quran sama. Jangan lupa saksikan rancangan 'Al-Quran Menjawab', setiap Rabu dan Khamis jam 6:30 petang.
Senarai soalan dan
jawapan:
S: Apakah formula Al-Quran untuk membentuk insan yang
cemerlang?
J: Ramai ibu bapa bertanyakan soalan ini dan ada ramai
penulis juga menulis buku tentang ini. Formula Al-Quran pula ialah: ‘IT’ - iaitu
I untuk Ilmu dan T untuk Taqwa, sekiranya ada dua ini, InsyaAllah kita akan
cemerlang di dunia dan akhirat. Dalam surah Al-Baqarah ada disebutkan bahawa
Allah mengajar Adam segala ilmu sebelum diturunkan ke bumi. Oleh sebab itu,
kita juga perlu mengutamakan ilmu kerana ianya adalah pintu gerbang kepada
segala kebaikan. Kita di Malaysia memang ramai yang pentingkan akademik, namun
perlu dilihat juga A yang lain iaitu – agama, akhlak, amanah, auliyyat
(keutamaan). Oleh itu, paling penting diajarkan anak dengan Al-Quran selaras
dengan pelajaran akademik. Kedua – Taqwa merupakan kemuliaan di sisi Allah. Oleh
itu, untuk mendapat pertolongan Allah, kita perlu bertaqwa.
S: Mana lebih penting – faham atau hafal Quran?
J: Suka tak jika anak kita menghafal Al-Quran? Suka kan.
Namun apa yang saya perhatikan ialah ramai tahfiz yang tak memahami Al-Quran.
Ada kitab karangan Yusuf Al-Qardawi – Fiqqul Aulawiyat (Feqah Keutamaan) yang
membincangkan keutamaan dalam mengatur kehidupan – dia membincangkan apa yang
penting – dirayah (faham) atau riwayah (hafal) dan dibuat kesimpulan bahawa
umat dahulu mementingkan faham, dan kita hari ini pula mementingkan hafazan.
Oleh itu, jangan bimbang jika anak kita bukan Al-Hafiz, tetapi yang penting
ialah agar mereka menjadi Al-Faham. Dengan kefahaman, anak akan boleh menilai
dan membuat keputusan untuk memilih sesuatu dalam kehidupan. Hanya orang yang
faham dapat menilai apa ynag salah
dan betul.
S: Bolehkah kita terbabas setelah mengkaji Al-Quran?
J: Saya yang kerdil ini mengatakan, ya, boleh. Al-Quran ini
ada metodologi (cara) memahami yang tersendiri. Al-Quran bukan sekadar teks,
tetapi merupakan teks dan konteks. Apa itu konteks? Sebab/isu/masalah/latar
belakang sehingga ayat itu diturunkan. Oleh itu, untuk memahami Al-Quran, rujuklah
kitab-kitab yang sahih – antaranya Tafsir Al-Azhar oleh Hamka ataupun Tafsir
Ibnu Kathir. Namun, perlu juga berhati-hati kerana ada juga tafsir lama yang
memasukkan hadis-hadis Israiliyat. Pihak Jabatan Agama Islam banyak membantu
membanteras perkara ini. Ada sebuah kitab yang dibuat untuk mengumpulkan
hadis-hadis palsu dan Israiliyat hasil karangan Muhammad bin Muhammad Abu
Syahabah. Contohnya, pernah tak dengar hadis yang mengatakan bumi ini berada di
hujung tanduk lembu/seladang? Saya pun pernah dengar ketika kecil dahulu.
Dikatakan jika lembu itu mengangguk kepalanya, aka terjadilah gempa bumi. Namun
dalam kitab karangan Muhammad bin Muhammad Abu Syahabah, telah menyatakan
bahawa hadis itu paslu.
S: Apakah metodologi sains dalam mengkaji Al-Quran?
J: ini bukanlah kaedah yang baru. Sebenarnya ada pengkaji
yang mengatakan ada lebih 750 ayat yang membicarakan tentang kejadian alam dan
insan di dalam Al-Quran. Ini menunjukkan yang kita juga boleh memerhatikan dan
membuat kajian dalam bidang ini. Allah berfirman yang bermaksud, “Berjalanlah
kamu di muka bumi dan kajilah bagaimana kehidupan bermula.” Kehidupan ini
berkaitan dengan sains. Ada juga ulama mengatakan yang ayat ini merangsang
manusia untuk mengkaji bidang paleontogi. Kita boleh menggunaan pendekatan
sains selagi ianya tidak bercanggah dengan Al-Quran. Rujuklah ayat 53, surah
A-Fussilat:
S: Saya ingin merujuk kepada Ayat 3-4, surah Al-Alaq. Adakah
maksud ‘Qalam’ di sini merujuk kepada kitab tauhid terdahulu?
J: Ulama tafsir sangat suka dengan ayat ini, kerana ianya
diturunkan di tengah-tengah bumi Arab yang rata-ratanya orangnya buta huruf dan
tiada ilmu. Perkataan qalam bermaksud menulis dan menyebarkan ajaran ilmu. Ayat
ini menjadi perangsang kepada ramai ulama dahulu untuk menulis kitab-kitab
agama yang banyak sampai kepada kita sehingga hari ini.
S: Sebagai pelajar sains, apakah langkah awal yang perlu
dilakukan untuk mengkaji sains menggunakan Al-Quran? Adakah saya perlu belajar
bahasa Arab dan bagaimana pula pengalaman Dr. ketika bermula dahulu?
J: Saya mula mengkaji kerana saya mempunyai banyak soalan
yang tidak mendapat jawapan memuaskan. Setelah itu, saya terpaksa meneroka
sendiri dan cuba membaca tetapi tidak faham. Oleh kerana itu saya mula belajar
bahasa Arab sedikit demi sedikit. Jadi, bahasa Arab merupakan alat penting
dalam langkah memahami Al-Quran. Kedua, jika ingin mentafsir Al-Quran
menggunakan sains perlulah menjaga adab-adabnya. Ada 3 bentuk tafsir:
- Tafsir Bir-riwayah – tafsir yang menggunakan Quran, sunnah atau pendapat sahabat
- Tafsir bil isyarah – tafsir menggunakan ilham. Ini bentuk tafsir yang amat bahaya kerana ad a orang yang boleh mengaku yang dia diberi ilham. Cuma ada orang-orang terpilih sahaja yang masuk dalam golongan ini iaitu sahabat Nabi SAW – Abdullah Ibnu Abbas.
- Tafsir bid dirayah – tafsir menggunakan ijtihad pandangan. Contohnya bagi ayat yang tidak jelas maksudnya, di mana ulama berbeza pendapat kerana masing-masinga da hujjah tersendiri. Sains termasuk dalam golongan ini.
Oleh itu, cadangan saya ialah cuba belajar bahasa Arab
perlahan-lahan dan fahami agama dengan kuat. Jika tidak betul langkah yang
diambil, kajian boleh menjadi sesuatu yang menyesatkan. Saya ada menulis
sebuah buku dan modul untuk rujukan sebuah pusat tafsir di bawah Yayasan di
Pahang. Semoga buku ini akan dapat disebarkan di seluruh Malaysia nanti, InsyaAllah.