Batasan Bersosial (1) - Tanyalah Ustaz 31.08.2012
Ustaz Haslin Baharim
Bacaan surah Al-Furqan ayat 27-31:
Alhamdulillah kita berjumpa dalam keadaan sihat, tiada bersengketan dan kita baru sahaja menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke-55. Alhamdulliah negara kita aman, tidak
seperti negara Islam lain yang umatnya ditindas. Marilah bersama menjaga keamanan dan kemakmuran negara kita yang tercinta.
Petikan daripada hadis Nabi SAW, "Jika sekiranya kamu belakangkan Al-Quran (Allah, Islam), dan kamu letakkan wang dihadapan, maka kamu belum lagi merdeka yang sebenar-benarnya." Setiap pagi kita semua perlu
memerdekakan diri daripada belenggu kemaksiatan dan kemungkaran
dengan bangun dan mendirikan solat Subuh. Ketika tidur, kita akan
diikat dengan 3 simpulan oleh syaitan. Hanya dengan bangun dan menyebut nama Allah, berwudhuk dan solat Subuh akan
terungkai ketiga-tiga simpulan tersebut. Dengan itu, barulah seseorang itu boleh memerdekan diri daripada belenggu syaitan yang mendorong kepada kemaksiatan dan kemungkaran.
Sosial bermaksud pergaulan dengan
masyarakat sekeliling, secara terus atau jarak jauh, contohnya
menelefon, berinternet. Sosial penting kerana itu adalah fitrah
manusia dijadikan. Tiada manusia yang boleh hidup seorang diri.
Manusia perlukan pasangan, keluarga dan masyarakat untuk menjalani
kehidupan dan tugasan melakukan suruhan Allah dan meninggalkan
larangan-Nya.
Dalam surah Al-Maidah, ayat 2:
Islam menggalakkan umatnya bersosial
kerana untuk:
- bekerjasama untuk kebaikan – contohnya menjaga keselamatan setempat.
- menjadikan hubungan dengan masyarakat sebagai ibadah. Ketika berjumpa rakan – disunatkan bersalaman. Ketika tangan ditarik, akan gugur dosa-dosa kedua-duanya. Oleh itu, salamlah lama-lama.
- menegakkan tauhid dan keesaan Allah – berdakwah dan menyebarkan agama Allah. Dalam bersosial dengan bukan Islam pula, kita menghormati cara mereka dan tidak menyakiti mereka.
Soalan dan Jawapan:
S: Apakah batasan dalam pergaulan
sosial agar tidak terpesong ketika berhibur?
J: Nabi SAW ada bersabda yang
bermaksud, “Malu dan iman beriringan. Jika salah satunya terangkat,
yang satu lagi pasti akan ikut juga”. Oleh itu, orang yang tak malu
saja akan buat maksiat, dan imannya juga bermasalah. Islam tidak
melarang umatnya berhibur, tapi perlu menjaga syariat yang telah
ditetapkan. Contohnya, ketika ber'FB”, wanita perlu menjaga aurat
dan gambar-gambar yang diletakkan.
S: Bagaimana untuk menasihati adik ipar
yang melayan internet sehingga mengabaikan suami dan anak?
J: Nasihat saya – suami perlu ambil
tahu apa yang isteri dan anak lakukan. Suami perlu bertindak sebagai
pemimpin. Sebagai kakak ipar pula perlu menegur dengan cara
berhikmah. Menegur dan menasihati itu satu kewajipan, namun kita
perlu ingat bahawa orang biasanya sukar menerima teguran.
S: Mengapa bila sebut rempit, maksiat,
semuanya dikaitkan dengan remaja Islam? Bagaimana untuk mengatasinya?
J: Inilah kesannya apabila hidup tidak
diuruskan dengan agama. Mafhum, seperti yang disebut dalam hadis Nabi
SAW – apabila Al-Quran dibelakangkan, manusia tidak akan merdeka
daripada hasutan syaitan. Ibu bapa perlu mendidik anak-anak sedari
kecil. Paling penting ajar anak perkara yang halal dan haram. Mohon
bantuan daripada Allah dengan membanyakkan doa dalam mendidik
anak-anak. Nabi SAW ada berpesan supaya mendidik anak sebelum tapak
tangannya sama besar dengan tapak tangan ibu bapa. Ketika itu,
mungkin sudah terlewat untuk menegur dan mendidik anak-anak.
S: Bagaimana pula dengan keadaan
apabila doktor lelaki perlu merawas pesakit wanita? Adakah dikira
sebagai darurat?
J: Ya, itu dikira sebagai darurat.
Keadaan yang dikira darurat – apabila wanita lemas dalam
sungai/kolam mandi, ketika berlaku kebakaran, atau kemalangan. Begitu
juga ketika kelahiran, jika didapati tiada doktor wanita, dibenarkan
doktor lelaki merawatnya. Oleh itu, eloklah digalakkan agar
diperbanyakkan doktor wanita.
S: Bagaimana pula dengan golongan
aktivis Islam dan kemanusiaan yang berkhidmat kepada masyarakat tidak
menjaga batasan seperti aurat?
J: Aktiviti yang mereka jalankan itu baik, cuma jika ingin menegur, biarlah secara berhikmah. Nabi SAW juga berpesan agar kita sentiasa menjaga penampilan dan kenderaan sebelum pergi berjumpa sahabat.
J: Aktiviti yang mereka jalankan itu baik, cuma jika ingin menegur, biarlah secara berhikmah. Nabi SAW juga berpesan agar kita sentiasa menjaga penampilan dan kenderaan sebelum pergi berjumpa sahabat.
S: Bagaimana pergaulan wanita terutama
bersalaman ketika berhari raya?
J: Mafhum sebuah hadis Nabi, “Menyentuh
khinzir yang berlumpur busuk lebih baik daripada menyentuh wanita
yang bukan ajnabi”. Jika orang menghulur tangan, janganlah
disambut.Hukum tetap hukum dan tidak boleh diubah. Tips mudah bagi
wanita mengelak – ucapkan “minta maaf, saya ada wudhuk”.
Berbohong untuk kebaikan tidak mengapa.