Persoalan Di Alam Barzakh (2) – Tanyalah Ustaz 24 Ramadhan 1433H (13.08.2012)

Ustaz Haslin Baharim

Bacaan surah Al-Mu'minun, ayat 98-105:


Jika ditanya apa khabar – jawapannya mesti “Alhamdulillah” dahulu. Fokus pada positif dan ingatlah bahawa tiada apa yang milik kita, semuanya milik Allah. Oleh itu, apa jua yang kita lakukan, perlulah penuh berhati-hati agar kita semua mati dalam keadaan beriman. Firman Allah dalam surah Al-Baqarah, ayat 132:

Sayyidina Uthman bin Affan pernah mengiringi jenazah ke kubur. Tiba-tiba apabila sampai ke kubur, dia pengsan dan diusung balik ke rumah pula. Lalu, sahabatnya bertanya apakah yang menyebabkan beliau pengsan. Jawab Uthman, aku teringat yang Rasulullah SAW pernah bersabda “Sesungguhnya kubur itu adalah penginapan yang pertama antara penginapan akhirat, sekiranya seseorang itu terlepas dari siksaannya maka apa yang akan datang kemudiannya adalah lebih mudah lagi. Seandainya seseorang itu tidak terlepas daripada siksaannya, maka yang akan mendatang adalah lebih sukar”.

Terdapat lagi satu hadis riwayat Tirmizi yang berbunyi, “Rasulullah ada bersabda: Kubur itu sama ada satu taman daripada taman-taman syurga atau satu lubang daripada lubang-lubang neraka. (Riwayat Tirmizi).” Jadi, pilihan kita ada dua saja iaitu syurga atau neraka. Allah mengingatkan kita dalam firman-Nya dalam surah Al-Insaan, ayat 3:

Hati kita yang buat keputusan, namun kita perlu buat keputusan yang baik agar pancaindera dan kesihatan yang dikurniakan tidak disia-siakan. Kadang-kadang ada orang yang soleh yang boleh nampak bahawa saat kematiannya semakin hampir. Amalan di penghujung kehidupan amat penting.

Setelah dimasukkan ke dalam kubur, hanya manusia yang tidak dapat mendengar persoalan di alam kubur. Makhluk lain seperti haiwan dan tumbuhan, semuanya boleh mendengar. Sahabat bertanya kenapa manusia tidak dapat mendengar? Jawab Nabi, “Jika manusia boleh mendengar, nescaya dia akan pengsan”. Apabila seseorang telah meninggal, Nabi SAW minta kita segerakan urusan pengkebumiannya. 

Bolehkah kita menjawab jika ditanya, “Ma Rabbuka?”. Ada juga orang yang berani bergurau yang dia ingin dikafankan dengan kain kafan buruk agar malaikat tidak menyoalnya kerana ingatkan yang dia telah lama mati. Ini silap dan perkara ini tidak sepatutnya dijadikan bahan gurauan. Bolehkah kita menjawab sedangkan ketaatan dan keyakinan kita tidak sepenuhya kepada Allah. Begitu juga dengan soalan - “Apa kitab kamu?” Bagaimana untuk kita menjawab Al-Quran sedangkan isi kandungannya kita ambil setengah-setengah sahaja? Berapa ramai antara kita yang masih terlibat dengan riba sedangkan telah jelas keharamannya? Bila ditanya “Siapa kawan kamu?” pula, mampukah kita menjawab apabila kita sombong dengan ibu bapa, dengan rakan-kawan dan orang sekeliling? Bagaimana pula untuk kita mengaku yang kita umat Nabi Muhammad SAW sedangkan kita tidak mengikut sunnahnya, bahkan mempermainkannya pula. Marilah kita muhasabah diri dan selalu mengingati mati. Ada juga yang kata – 'Kalau selalu ingat mati, kita akan mundur'. Ini anggapan yang salah. Sebenarnya jika mengingati mati, kita akan menjaga segala perlakuan dan perbuatan kita dan takut untuk membuat dosa.

Senarai soalan dan jawapan:
S: Saya pernah terbaca jika kita nampak tanda sakaratul maut pada seseorang, elok kita ambilka wudhuk untuknya. Mohon pencerahan dari ustaz.
J: Wuduk itu elok diamalkan sentiasa, bukan sekadar sebelum ingin solat saja. Betullah, jika anak-anak nampak ibu bapa sakit, ambillah cuti kerana dahulu ketika melahirkan kita dulu, ibu ayah dulu pun ambil cuti banyak juga. Bila nampak kaki dah mula turun (ketika nazak), ajarlah mereka mengucapkan 'La ila ha illallah'. Malaikat akan tarik roh melalui kaki.

S: Bolehkah kita bersoal jawab dengan malaikat dalam suasana ceria?
J: Betul, jika roh itu roh yang baik, kuburnya akan jadi seperti taman syurga. Kalau sudah taman syurga, maknanya dia boleh buat apa yang dia suka.

S: Betulkah ada orang yang dapat merasai bahawa saat kematiannya semakin dekat?
J: Ada satu kisah benar. Seorang penjenayah yang telah dijatuhkan hukuman gantung di penjara Sg. Buloh. Setahun sebelum hukumannya, dia bertaubat dan bangun qiyyamullail setiap malam. Ketika meninggal, dikatakan penjaranya berbau wangi. Orang wanita amat mudah masuk syurga – cuma perlu taat Allah dengan mengerjakan solat dan puasa dan taat kepada suaminya. Jika seseorang meninggal, tak perlulah kita tanya adakah tanda-tanda atau perkara pelik yang dilakukannya.

S: Nabi SAW berpesan agar kita membaca Al-Mulk sebelum tidur. Mohon penjelasan ustaz.
J: Betul, memang ada hadis yang menyebut dengan membaca surah Al-Mulk akan dapat melapangkan kubur. Tetapi jika sekadar membaca tanpa mengamalkan kandungannya, tiadalah kelebihannya. Ia perlu disertai dengan ketaatan dalam ibadat lain seperti solat, puasa, tutup aurat dan lain lagi. Proses belajar Al-Quran yang paling tepat adalah dengan bertalaqqi dengan berguru secara berhadapan, bukanlah dengan menggunakan pen sahaja.

S: Di dalam Al-Quran, Allah banyak menyebut tentang syurga dan neraka. Adakah syurga dan neraka telah wujud sekarang ini dan siapakah penghuninya?
J: Syurga telah wujud sebelum wujudnya Nabi Adam lagi. Penghuninya kedua-duanya adalah jin dan manusia selepas hari perbicaraan nanti.  

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab