Posts

Showing posts with the label Ustaz Dr. Sukki Othman

Hubungan Dengan Allah & Manusia (2) - Tanyalah Ustaz 23.05.2013

Image
Ustaz Dr. Mohd Sukki Othman Bacaan surah Ali-Imran, ayat 112-114: Dalam ayat ini Allah ceritakan kehinaan yang diberikan kepada sebahagian ahli kitab yang kufur kepada Allah atau dengan kata lain tidak menjaga hubungan dengan Allah. Seterusnya mereka ini juga tidak menjaga hubungan dengan manusia dengan membunuh para Nabi, memerangi orang beriman dan seumpamanya. Dalam ayat ini pula Allah ceritakan tentang sebahagian ahli Kitab yang baik – mereka beriman dan menerima Islam, beribadat dan bersegera berbuat baik kepada sesama manusia dan menghalang perbuatan mungkar. Oleh itu, daripada ayat ini dapat difahami bahawa akan sentiasa ada dua kumpulan manusia, walaupun ayat ini diturunkan untuk ahli kitab, ianya juga boleh digunakan secara umum kepada kita. Senarai soalan dan jawapan S: Apakah kelebihan menjaga hubungan baik dengan Allah dan dengan manusia? J: Kita semua inginkan syurga, hatta orang gila sekalipun! Orang yang menjaga kedua-dua hubungan ini ak...

Hubungan Dengan Allah & Manusia (1) - Tanyalah Ustaz 22.05.2013

Image
Ustaz Dr. Mohd Sukki Othman Bacaan surah Ali-Imran, ayat 102-104: ‘Hablun’ bermaksud tali – ada beberapa pendapat tentang maksudnya. Antaranya ialah maknanya merujuk kepada: Jemaah Allah Islam Perjanjian kita dengan Allah Al-Quran Seterusnya, Allah larang manusia berpecah-belah. Secara ringkasnya, ayat-ayat di atas menerangkan tentang hubungan kita dengan: Allah – melalui tauhid dan ibadat Manusia lain – jangan berpecah-belah Senarai soalan dan jawapan S: Apakah maksud hubungan manusia dengan Allah? J: Allah ialah pencipta kita dan kita adalah hambanya. Oleh itu, kita mesti mentaati segala suruhan Allah dan meninggalkan larangan-Nya. S: Apakah maksud hubungan manusia dengan manusia? J: Ada orang yang menjaga hubungannya dengan Allah dengan baik, tetapi mengabaikan hubungan dengan manusia lain. Ini sebenarnya tidak cukup. Dalam surah Al-Hujurat, disebutkan bahawa manusia itu hidup bersaudara. Kita juga...

Kawal Marah (2) – Tanyalah Ustaz 07.03.2013

Image
Ustaz Dr. Mohd Sukki Othman Bacaan ayat 36-37, surah Al-Syura: Orang berjaya ialah orang yang mampu memaafkan. Nabi SAW banyak dizalimi, tetapi Nabi SAW menunjukkan teladan dengan memaafkan mereka. Dalam kisah yang masyhur, ketika berdakwah di Taif, dibaling dan dilukai dengan batu. Nabi SAW luka teruk sehingga berdarah dan malaikat pun tidak tahan melihatnya sehingga gunung menawarkan untuk menghempap penduduk Taif dengan dirinya. Nabi larang dan berdoa pada Allah mengharapkan kalaupun kaum Taif tidak mahu beriman, Nabi SAW mengharapkan anak-cucu mereka akan beriman suatu hari nanti. Inilah teladan yang ditunjukkan Nabi SAW. Senarai soalan dan jawapan S: Apakah hukum marah? Adakah dosanya seperti dosa besar? J: Ada dua jenis marah – yang tercela dan yang terpuji. Marah pada tempat yang betul, contohnya marah kepada perkara kemungkaran adalah perlu. Ada satu kisah, Nabi SAW berjalan dengan Umar dan sahabat lain, dan datang seorang Badawi yang membawa dho...

Mengurus Tekanan (2) – Tanyalah Ustaz 10.01.2013

Image
Ustaz Dr. Sukki Othman Bacaan ayat 15-16, surah Al-Fajr: Ada orang yang apabila mendapat ujian kesenangan, merasa dirinya hebat dan takabbur, dan tidah bersyukur pada Allah. Tetapi apabila diuji dengan kepayahan pula, dia akan merungut dan menyalahkan Allah. Inilah perangai orang yang tidak beriman. Orang yang beriman akan tetap bersyukur, tak kita semasa diuji dengan kesenangan atau kesusahan. Peluang mengingati Allah juga merupakan satu bentuk nikmat. Apabila tidak mengingati Allah, kita akan mudah melakukan kemungkaran. Oleh sebab itu, Allah ada berfirman yang bermaksud, “Ingatlah Allah banyak-banyak dan kamu akan berjaya”. Ingatlah pada Allah dengan memulakan setiap perkara dengan mengucapkan ‘Basmallah’. Dengan mengingati Allah, kita akan mendapat sesuatu yang tiada wang di dunia boleh membelinya iaitu ketenangan dan ketenteraman. Senarai soalan dan jawapan: S: Bagaimana untuk terus bersyukur semasa menghadapi tekanan? J: Dalam mengh...

Mukjizat Al-Quran (1) – Tanyalah Ustaz 22.11.2012

Image
Ustaz Dr. Mohd Sukki Othman Bacaan surah Al-Baqarah, ayat 23-25: Allah mencabar manusia yang meragui kesahihan Al-Quran agar membawa ayat yang serupa dengannya. Orang Arab zaman dahulu sangat berbakat dalam mengarang syair, namun bakat mereka itu takkan mampu, jika mereka saling bekerjasama sekalipun, untuk membuat sesuatu yang serupa dengan Al-Quran. Memang ada orang yang cuba membuat surah Al-Quran, contohnya seorang Nabi palsu yang mengarang satu surah yang dinamakan surah Gajah. Namun sahabat-sahabat Nabi SAW cuma ketawa kerana isi surah itu tiada apa-apa makna atau mukjizat. Surah itu bermaksud: “Gajah. Tahukah kamu apakah itu gajah? Gajah itu ada belalai yang panjang dan ekornya pendek”. Ceritanya itu tak munasabah langsung untuk dijadikan sesuatu yang diletakkan di dalam kitab penting seperti Al-Quran. Orang yang ingkar akan mendapat azab siksaan dineraka. Orang yang beriman dan beramal-soleh pula akan mendapat balasan syurga yang di dalamnya ada sungai-sungai ...