Posts

Showing posts with the label Ustaz Mohd Nizam Abdul Kadir

Amalan Sunat (2) – Tanyalah Ustaz 09.05.2013

Image
Ustaz Muhammad Nidzam Abdul Kadir Tiada orang yang boleh pasti bahawa amalan fardhunya telah sempurna, oleh itu amalan sunat boleh digunakan untuk menampung kekurangan yang pasti berlaku dalam solat, puasa, zakat dan ibadah khusus yang lain. Kepentingan amalan sunat adalah untuk mendapatkan penjagaan Allah di dunia, mendapat ganjaran di akhirat dan mestilah bersumberkan hadis yang sahih. Senarai soalan dan jawapan S: Bolehkah dilakukan inovasi dalam amalan sunat? J:  Ibadat seperti solat sunat, puasa sunat dan yang berkaitan ibadat khusus tidak lagi boleh diubahsuai. Contohnya tidak boleh puasa sunat setengah hari sahaja. Puasa, walaupun sunat mesti mengikut syariat yang telah ditetapkan. Tetapi dalam ibadat umum, inovasi adalah dibenarkan. Contohnya dalam hal kendura-kenduri, kita boleh memperkenalkan gotong-royong untuk saling membantu. Dalam surah Al-Haj, ayat 77: Allah Ta’ala nyatakan 3 perkara dalam hal ini - Hubungan seorang Muslim d...

Utamakan Yang Utama (1) – Tanyalah Ustaz 08.03.2013

Image
Ustaz Muhammad Nidzam Abdul Kadir Bacaan ayat 19, surah At-Taubah: Walaupun perbuatan memberi minum jemaah haji dan memakmurkan masjidil haram itu baik, keimanan kepada Allah adalah lebih tinggi nilainya. Kehidupan kita ini singkat, oleh itu kita perlu memberi keutamaan kepada apa yang lebih penting. Senarai soalan dan jawapan S1: Mana yang lebih utama antara akidah tauhid dan amalan syariah? J1: Kedua-duanya penting, tetapi yang lebih asas ialah menjaga tauhid kepada Allah. Oleh sebab itu dalam satu hadis Nabi SAW berkata, “Sesiapa yang pada akhir hayatnya dapa menyebut ‘La ila ha illallah’, dia akan masuk syurga”.  Kalimah ‘La ila ha illallah’ ini mencerminkan kepentingan tauhid dalam Islam. Ketika di Mekah, Nabi SAW tidak mula berdakwah dengan mengajar solat, tetapi mengajar mereka mentauhidkan Allah dan menerima kerasulan Nabi SAW. Ketika Nabi SAW ingin menghantar Sy. Muaz untuk berdakwah ke Yaman, Nabi SAW berpesan agar Sy. Muaz mengajak...

Tipu Daya Syaitan (2) – Tanyalah Ustaz 01.01.2013

Image
Ustaz Mohd Nidzam Abdul Kadir Sumber asal grafik Bacaan ayat 20-21, surah Al-‘Araf: Dalam ayat di atas, syaitan bersumpah yang dia merupakan pemberi nasihat – begitulah cara syaitan menipu kita. Ada kalanya nasihat syaitan nampak seperti elok, tetapi menyimpang sebenarnya. Oleh itu, kita perlu merujuk kepada Al-Quran dan sunnah. Cara melawannya yang terbaik ialah dengan memohon perlindungan dengan Allah SWT, dan ikhlas dalam amalan kita kepada Allah. Kita takkan mampu untuk melawan syaitan, kerana kita tak nampak syaitan, tapi syaitan nampak kita. Kesimpulan: Kita perlu tegas mengikut jalan Allah dan mengenal pasti jalan-jalan syaitan dan menjauhinya.  Senarai soalan dan jawapan: S: Ada orang suka berpakaian mengikut sunnah, tetapi akhlaknya tidak mengikut sunnah seperti suka mengumpat dan sebagainya. J: Inilah salah satu bentuk tipu daya syaitan. Orang yang ikut sunnah kena, dan orang yang tak ikut sunnah pun akan kena. Biasanya syaitan akan...

Tipu Daya Syaitan (1) – Tanyalah Ustaz 31.12.2012

Image
Ustaz Mohd Nizam Abdul Kadir Bacaan ayat 4 dan 5, surah Yusuf: Beperang dengan syaitan merupakan peperangan yang kita diikat matanya. Daripada ayat ini, diceritakan tentang mimpi Nabi Yusuf. Ayahnya, Nabi Yaakob berpesan agar Nabi Yusuf tidak bercerita tentang mimpi tersebut kepada adik-beradiknya. Yang menarik dalam ayat ini ialah bagaimana Allah menutup ayat ini dengan menyatakan tentang tipu daya syaitan. Senarai soalan dan jawapan: S: Apakah kaitan syaitan dan iblis? J: Lebih kurang sama. Dalam Quran, cerita-cerita awal daripada zaman Nabi Adam a.s, dalam surah Al-'Araf, ayat 11, Allah menceritakan tentang iblis yang enggan sujud kepada Nabi Adam. Dalam surah yang sama juga, ayat 20, Allah menceritakan syaitan menjadikan Adam dan Siti Hawa was-was. Ulama mengatakan bahawa iblis itu ialah bapa syaitan, dan syaitan ialah anak-anaknya. Iblis cuma satu, tetapi syaitan ada jama'nya. Syaitan pula ada dua bentuk iaitu syaitan daripada kalangan...