Hidup Sihat Tanpa Maksiat (1) – Tanyalah Ustaz 21 Ramadhan 1433H (10.08.2012)
Ustaz Roslan Mohamed Bacaan surah As-Sajadah, ayat 12-14: Kita perlu yakin yang kehidupan ini hak mutlak Allah Taala. Oleh itu, kita perlu berada dalam keadaan yang diredhai dan dirahmati-Nya. Tambahan pula kita sedang berada dalam bulan Ramadhan iaitu waktu yang sangat baik untuk kita merintih, berdoa dan bermunajat kepada Allah. Dalam ayat yang dibacakan tadi, Allah merakamkan keadaan pengakhiran bagi orang yang tidak taat kepada Allah. Ketika itu Allah dedahkan kepincangan dan dosa yang dilakukan hambanya. Walaupun hamba kemudiannya merayu, namun, selal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna. Bisanya kita dengar pepatah kesihatan dikaitkan dengan makanan, namun hari ini kita ingin ubah untuk mengaitkan kesihatan dan maksiat. Saya sendiri banyak berdosa dan tidak layak bercakap tajuk ini, namun dengan semangat untuk saling ingat-mengingati, semoga Allah buka pintu hati agar yang berdosa akan tersedar dan kembali ke pangkal jalan, manakala yang baik akan te...