Posts

Showing posts with the label Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Joofre

"Aku berniat untuk belajar dan mengajar..." - Kuliah Dhuha Muslimat 09.01.2013

Image
Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Joofre Masjid Darul Ehsan, Taman TAR, Ampang Salah satu perkara yang biasa berlaku ialah seseorang itu banyak menghadiri majlis ilmu tetapi masih berat atau terlupa untuk  mengamalkan ilmu yang diperolehi. Apakah sebabnya? Sebab paling utama ialah tiada keberkatan dalam ilmu tersebut. Perkara ini nampak mudah, dan memang ramai orang yang ambil mudah. Contohnya – tidak menghormati guru dan pelajar lain dengan tidak ‘ silentkan ’ phone. Bukannya tiada arahan diberikan, tetapi kadang-kadang memang seseorang itu sengaja enggan mematuhinya. Antara cara mendapat keberkatan ialah dengan memasang niat yang betul ketika datang belajar. Apabila mendengar ilmu yang disampaikan, dalam hatinya, dia terus berazam bersungguh-sungguh untuk terus mengamalkan apa yang dipelajari. Seseorang itu tidak datang ke majlis ilmu sekadar untuk mengambil maklumat, atau gelak mendengar jenaka ustaz atau datang kerana ustaz itu boleh membuat dia menangis denga...

Maaf: Ikhlas Atau Terpaksa (3) – Tanyalah Ustaz 11.11.2012

Image
Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Joofre Bacaan surah An-Nur, ayat 19-22: Surah An-Nur banyak menceritakan hubungan sesama manusia, terutamanya hubungan antara lelaki dan perempuan dan masalah sosial. Ayat yang dibacakan menceritakan kisah Sy. Aisyah yang difitnah berlaku curang sehingga kisah ini heboh di Madinah. Kisah ini menceritakan tentang orang yang suka menyebarkan fitnah atau cerita yang berunsur sensasi. Golongan sebegini memang wujud dalam masyarakat. Apakah ancaman Allah kepada mereka? Allah akan balas dengan azab yang pedih di dunia dan juga akhirat. Kalaulah tidak kerana Allah bersifat Rahmat ke atas hamba-Nya sudah pasti akan dibalas kejahatan itu dengan serta-merta. Namun, Allah bersifat Maha Pengasih dan membuka pintu taubat kepada manusia. Allah berpesan agar manusia tidak mengikuti jejak langkah syaitan. Jika bukan kerana rahmat Allah, kita ini semua akan kekal berdosa. Allah yang memberi hidayah untuk kita memohon keampunan kepada-Nya. Oleh itu, jangan kita su...

Maaf: Ikhlas Atau Terpaksa (1) – Tanyalah Ustaz 09.11.2012

Image
Ustaz Syed Abdul Kadir Al-Joofre Bacaan surah Asy-Syura, ayat 36-43: Tajuk hari ini merupakan pil bahagia yang paling mujarab iaitu MAAF. Dunia ini sementara sedangkan kemaafan Allahlah yang kekal abadi.Sedikit huraian daripada ayat yang dibacakan. Ada beberapa ciri orang yang hebat/berjaya yang akan diberi keuntungan iaitu: orang yang menjauhi dosa besar. apabila marah mereka memaafkan, orang yang menyahut seruan dan perintah Allah, mengerjakan solat, menginfakkan harta pada jalan Allah, dan berbincang bersama dengan masyarakat orang yang cuma membela diri apabila dizalimi dan tidak melampaui batas. Allah mengizinkan kejahatan dibalas dengan kejahatan. Tetapi pada sesiapa yang memaafkan dan berbuat baik pula, pahalanya kepadanya adalah atas ketetapan Allah Taala.  Mereka yang menzalimi orang lain lebih daripada kezaliman yang dilakukan ke atasnya adalah orang yang akan dimurkai Allah. Mereka yang rela memaafkan pula adalah termasuk d...