Semarakkan Cinta (1) - Tanyalah Ustaz 24.08.2012
Ustaz Pahrol Mohd Juoi Bacaan surah Al-Baqarah, ayat 165: Alhamdulillah, kita dapat bertemu dalam majlis ilmu. Orang yang menghadiri majlis ilmu, Allah janji akan beri rahmat, dan kedua Allah janjikan sakinah (ketenangan) yang begitu mahal harganya. Ketiga, Allah janji bahawa orang yang berada dalam majlis ilmu akan didoakan malaikat, dan keempat nama orang yang berada dalam majlis ilmu juga akan disebut dalam majlis yang lebih hebat lagi di langit. Majlis ilmu itu juga merupakan taman syurga. Syurga itu ada segalanya yang tidak dapat kita bayangkan dengan pancaindera biasa. Walaupun begitu, masih terdapat rasa kekurangan dalam hati Nabi Adam, lalu Allah ciptakan rasa cinta dan Hawa sebagai peneman kepada Nabi Adam. Cinta itu berasal dan berputik daripada syurga, bermula daripada diri yang baik iaitu Nabi Adam. Oleh itu, kita perlu menjadi orang-orang yang baik juga untuk mewarisi perasaan cinta yang penuh kebaikan ini. Ada yang bertanya kenapa perlu bin...