Demi Masa (1) – Tanyalah Ustaz 15.05.2013
Ustaz Hanafiah Abdul Razak Bacaan ayat 98, surah Al-An’am: Manusia ini bermula daripada yang satu – iaitu Nabi Adam as. Allah janjikan setiap orang 2 peruntukan iaitu: ruang peluang (masa) Jadi, fokus hari ini ialah peluang/masa. Masa yang Allah SWT berikan kepada kita tidak panjang. Nabi SAW menyebut bahawa umur umatnya antara 60-70 tahun. Oleh itu, kita mesti memanfaatkan masa. Daripada 114 surah, ada satu surah khas Allah tentang masa iaitu surah Al-'Asr. Orang yang tidak memanfaatkan masa berada dalam kerugian. Dalam surah Al-‘Asr, Allah memberi amaran kepada manusia yang tidak memanfaatkan masa. Maka mari kita bersama memanfaatkan masa untuk menghindari kemurkaan Allah. Allah tak beri kita umur yang panjang bukan kerana ingin menyekat kita, bahkan agar kita memanfaatkan umur yang pendek itu sehingga menjadi umat yang terbaik. Moga-moga kita tidak buang masa begitu saja. Senarai soalan dan jawapan S: Adakah masa dalam I...