Posts

Showing posts from August, 2012

Batasan Bersosial (1) - Tanyalah Ustaz 31.08.2012

Image
Ustaz Haslin Baharim Bacaan surah Al-Furqan ayat 27-31: Alhamdulillah kita berjumpa dalam keadaan sihat, tiada bersengketan dan kita baru sahaja menyambut kemerdekaan Malaysia yang ke-55. Alhamdulliah negara kita aman, tidak seperti negara Islam lain yang umatnya ditindas. Marilah bersama menjaga keamanan dan kemakmuran negara kita yang tercinta. Petikan daripada hadis Nabi SAW, "Jika sekiranya kamu belakangkan Al-Quran (Allah, Islam), dan kamu letakkan wang dihadapan, maka kamu belum lagi merdeka yang sebenar-benarnya." Setiap pagi kita semua perlu memerdekakan diri daripada belenggu kemaksiatan dan kemungkaran dengan bangun dan mendirikan solat Subuh. Ketika tidur, kita akan diikat dengan 3 simpulan oleh syaitan. Hanya dengan bangun dan menyebut nama Allah, berwudhuk dan solat Subuh akan terungkai ketiga-tiga simpulan tersebut. Dengan itu, barulah seseorang itu boleh memerdekan diri daripada belenggu syaitan yang mendorong kepada kemaksiatan

Membentuk Peribadi Anak (2) – Tanyalah Ustaz

Image
Ustaz Hanafiah Abdul Malek Bacaan surah Al-Fatihah: Sebelum mulakan sesuatu pekerjaan – mendidik anak, memasak, bermesyuarat mulakan dengan membaca Al-Fatihah. Para ulama telah banyak membuat kajian dan InsyaAllah akan ada keberkatan kerana kita memohon bantuan Allah. Cara terbaik adalah dengan membaca Al-Fatihah dan selepas ayat 6, berdoa, “Ya Allah, lembutkanlah hati anakku sebagaimana Engkau melembutkan besi kepada Nabi Daud”. Kemudian sambung baca sehingga habis surah. Inilah kaedah yang digunakan oleh sahabat Nabi SAW yang pernah menggunakan Fatihah untuk mengubati ketua kampung yang disengat binatang berbisa. Hari ini, ramai orang berpendidikan tinggi melangit, namun sayangnya sebesar biji sawi pun tiada keyakinan terhadap ayat-ayat Allah. Ibu bapa cuba buat sekurang-kurangnya sekali - peluk anak, baca Fatihah dan usap ubun-ubunnya. Banyakkan mengamalkan membaca surah ini walau apa yang dilakukan dan bersama siapa sahaja. Mohonlah pertolongan Allah d

Umrah dan Ziarah (1) – Tanyalah Ustaz 27.08.2012

Image
Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim Bacaan surah Al-Haj, ayat 27-30: Alhamdulillah bertemu dalam majlis ilmu yang penuh keberkatan. Rumusan daripada ayat yang dibacakan tadi ialah – Allah SWT minta kita ikhtiar untuk pergi menunaikan umrah, haji dan menziarahi tempat-tempat bersejarah di sana. Kita digalakkan untuk pergi bersama keluarga ke sana. Terdapat beberapa kelebihan berziarah ke sana mengikut pandangan ulama. Antaranya: Mekah dan Madinah merupakan tempat kelahiran Nabi SAW. Jika sampai ke Mekah, biasanya kita akan ditunjukkan rumah tempat Nabi SAW dilahirkan. Kedua-dua tempat ini (Masjidil Haram dan Masjid Nabawi) merupakan tempat yang aman dan selamat. Tempat ini boleh memberi ketenangan dan kedamaian pada jiwa. Di samping itu, kita juga digalakkan melawat masjid Al-Aqsa. Setiap hari sebanyak 120 rahmat turun ke atas Kaabah. Oleh itu, jika kita ada berdekatan, kita akan mendapat rahmat ini juga. 60 rahmat untuk orang yang tawaf, 40 rahmat untuk orang yang so

Umrah dan Ziarah (2) - Tanyalah Ustaz 28.08.2012

Image
Ustaz Izhar Ariff Mohd Kashim Bacaan surah An-Nahl, ayat 36 dan 37: Alhamdulillah kita dapat berkongsi ilmu dan saling ingat-memperingati. Semoga ada manfaat bersama. Kita perlu ambil pengajaran daripada setiap tempat yang dilawati ketika di Mekah dan Madinah. Contohnya – Gua Hira’ iaitu tempat di mana Nabi SAW berkhalwat. Jabal Thur pula merupakan tempat Nabi SAW dan Abu Bakar bersembunyi sebelum berhijrah. Jabal Thur sangat tinggi, namun Asma’ cekal memanjat bukit itu setiap hari untuk memberi makanan kepada Nabi SAW dan ayahnya. Gua Hira’ juga tinggi letaknya dan Khadijah juga mendaki setiap hari untuk memberi Nabi SAW makan. Inilah kecekalan dan kekuatan yang perlu diteladani seluruh kaum wanita. Senarai soalan dan jawapan S: Perlukah mengikuti kursus haji atau umrah sebelum pergi ke Mekah? J: Bagi orang yang jahil (tidak pernah mengerjakan umrah atau haji), wajib menghadiri kursus tersebut untuk mendapatkan ilmu mengerjakan ibadah umrah/haji. Pe

Semarakkan Cinta (3) – Tanyalah Ustaz 26.08.2012

Image
Ustaz Pahrol Mohd Juoi Alhamdulillah kita terpilih berada di dalam majlis ilmu. Niat berada dalam majlis kena ada sekurang-kurangnya 2: Niat untuk beramal dengan ilmu yang diterima Niat untuk menyampaikan kepada yang lain Dengan dua niat ini, InsyaAllah, ilmu akan lebih mudah meresap ke dalam jiwa dan hati dan bukan semata-mata berada di akal. Apabila ilmu sampai ke hati, semoga seluruh jasad kita lebih mudah digerakkan untuk mengamalkan ilmu yang diperoleh. Alangkah indahnya dalam hidup ini jika kita dapat rapat dengan orang yang kaya dan pemurah, yang kuat dan adil. Ciri-ciri ini hanya ada pada Allah SWT. Oleh sebab itulah, cinta Allah adalah sumber kepada cinta-cinta yang lain. Kehilangan cinta Allah akan membuatkan kita hilang segala-galanya. Kita perlu ubah pandangan (‘mindset’) kita terhadap cinta – ‘What you see is what you get’. Contoh mudah, orang biasa lihat laut sekadar laut saja, nelayan pula lihat laut dan nampak ikan, penyelam mutiara pu

Semarakkan Cinta (2) – Tanyalah Ustaz 25.08.2012

Image
Ustaz Pahrol Mohd Juoi Alhamdulillah, Allah gerakkan hati kita untuk bertemu dalam majlis ilmu. Semoga kefahaman kita semakin bertambah, dan dengan itu semoga penghayatan dan   amalan kita juga semakin meningkat. Walaupun nampak majlis ini seperti rutin biasa sahaja, namun sebenarnya ini juga merupakan satu petanda bahawa Allah masih belum berpaling daripada kita, dan masih membuka ruang-ruang untuk kita lebih memahami soal-soal agama, walaupun kita sering alpa dan berbuat dosa. Mahfum sebuah hadis:   “Sekiranya Allah mahukan kebaikan kepada seseorang, Dia akan berikan kefahaman agama.”  (hadis riwayat Bukhari) Menyambung perbincangan semalam - Cinta bagaimana yang perlu disemarakkan? Cinta ada berbagai hierarki. Cinta kepada Allah – inilah tujuan hidup kita. Menyintai Allah menjadikan kita memiliki segala-galnya. Cinta kepada Allah merupakan sumber cinta kepada makhluk seluruhnya. Sebaliknya, jika kita kehilangan cinta Allah, kita akan kehilangan segala-g

Semarakkan Cinta (1) - Tanyalah Ustaz 24.08.2012

Image
Ustaz Pahrol Mohd Juoi Bacaan surah Al-Baqarah, ayat 165: Alhamdulillah, kita dapat bertemu dalam majlis ilmu. Orang yang menghadiri majlis ilmu, Allah janji akan beri rahmat, dan kedua Allah janjikan sakinah (ketenangan) yang begitu mahal harganya. Ketiga, Allah janji bahawa orang yang berada dalam majlis ilmu akan didoakan malaikat, dan keempat nama orang yang berada dalam majlis ilmu juga akan disebut dalam majlis yang lebih hebat lagi di langit. Majlis ilmu itu juga merupakan taman syurga. Syurga itu ada segalanya yang tidak dapat kita bayangkan dengan pancaindera biasa. Walaupun begitu, masih terdapat rasa kekurangan dalam hati Nabi Adam, lalu Allah ciptakan rasa cinta dan Hawa sebagai peneman kepada Nabi Adam. Cinta itu berasal dan berputik daripada syurga, bermula daripada diri yang baik iaitu Nabi Adam. Oleh itu, kita perlu menjadi orang-orang yang baik juga untuk mewarisi perasaan cinta yang penuh kebaikan ini. Ada yang bertanya kenapa perlu bin

Raya di Perantauan (2) – Tanyalah Ustaz 23.08.2012

Image
Ustaz Dato’ Abu Hassan Din Al-Hafiz Bacaan surah Al-Maidah, ayat 114: Inilah satu-satunya ayat yang menyebut tentang hari raya di dalam Al-Quran. Mariam meminta makanan – oleh itu secara tak langsung itu menunjukkan bahawa salah satu cara beraya adalah dengan makan.  Saya juga selalu beraya di perantauan kerana bertugas sebagai imam. Setelah bersara barulah berpeluang beraya bersama keluarga di kampung. Walaupun ada perasaaan sedih, namun syarak tidak menggalakkan kita berperasaan begitu. Oleh sebab itu juga kita perlu bayar zakat fitrah sebelum sembahyang raya agar mereka yang miskin mendapatnya segera dan berpeluang bergembira bersama. Dalam satu hadis Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Orang yang berpuasa berhak menerima dua kegembiraan (farhatun) iaitu ketika berhari raya dan ketika balik mengadap Allah SWT”. Satu lagi perkataan arab yang bermaksud gembira/berpesta ialah lahwun. Namun yang dimaksudkan dalam hadis Nabi SAW ialah ‘farhatun’, buk

Puasa Sunat Syawal (1) – Tanyalah Ustaz 22.08.2012

Image
Ustaz Dato’ Abu Hassan Din Al-Hafiz Bacaan surah Al-Baqarah, ayat 183: Ayat yang dibacakan merupakan ayat yang memfardhukan ibadah puasa kepada umat Islam. Ayat ini turun di bulan Syaaban, tahun kedua Hijrah. Apabila Nabi SAW memberitahu tentang puasa fardhu, lalu sahabat bertanya adakah puasa sunat? Nabi SAW pun menjawab ada, dan salah satu daripadanya ialah puasa sunat Syawal. Jika kita tunaikan puasa enam, tak perlu lagi kita puasa seperti Nabi Daud iaitu puasa selang sehari, kerana kita mengikut syariat Nabi Muhammad SAW. Senarai soalan dan jawapan: S: Apakah kelebihan puasa enam Syawal? J: Pada dasarnya, ibadat sunat jika dibuat dapat pahala dan ditinggalkan tidak berdosa. Namun ulama tasawwuf yang membincangkan kelebihan ibadat mengatakan puasa enam mempunyai kedudukan istimewa dalam Islam kerana ianya digandingkan bersama bulan Ramadhan. Sesiapa berpuasa Ramadhan, dan diikuti enam hari di bulan Syawal, kita dianggap berpuasa sepanjang tahun

Pengertian Hari Raya (1) - Tanyalah Ustaz 20.08.2012

Image
Ustaz Dato’ Abu Hassan Din Bacaan surah Al-Maidah, ayat 114: Alhamdulillah bertemu dalam keadaan kemeriahan hari raya. Hari raya merupakan hari untuk kita bergembira dan melahirkan kesyukuran kepada Allah SWT. Sebulan lamanya telah kita menahan nafsu dengan berpuasa pada siangnya, dan menambah amalan sunat pada malamnya. Harapan saya, agar kita semua dapat mengekalkan kejayaan ini di luar Ramadhan juga. Kita perlu ingat dalam satu hadis, Nabi SAW ada menyebut yang Jibril ada menyebut “Celaka seseorang yang masuk bulan Ramadhan tetapi keluar dari bulan Ramadhan tidak diampuni dosanya oleh Allah”. Sebagai tanda kesyukuran, kita berbaju baru, berlangsir baru, malahan ada juga yang bertayar kereta baru :D. Namun, disamping bergembira, kita tidak boleh melanggar syariat-syariat yang telah Allah tetapkan. Nabi SAW suruh kita bergembira dengan perasaan (farhatun), bukannya berhibur dengan menyanyi, menari, bergaul bebas (lahwwun). Senarai soalan dan jawapan S: Apakah pen