Posts

Showing posts with the label Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang

Korban Cinta (2) – Tanyalah Ustaz 05.10.2013

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang Bacaan ayat 207, surah Al-Baqarah: Allah sebut dalam ayat ini bahawa cuma sebahagian manusia yang sanggup berkorban untuk mendapatkan keredhaan Allah. Moga-moga kita semua termasuk dalam golongan ini. Amin. Bila sebut korban – maknanya mestilah sesuatu yang kita sayang, atau penting bagi kita. Kalau berikan selipar jepun yang sudah putus sebelah itu tidaklah dinamakan korban! Ada yang tanya di email/facebook – Adakah perlu mengorbankan cinta kekasih demi mendapatkan restu ibu bapa? Ya, kerana cinta Allah adalah melalui redha ibu bapa. Ibu bapa yang lihat anak dalam kesusahan akan sanggup berkorban demi menyelamatkan anak mereka, contohnya jika berlaku lemas atau kebakaran. Para sahabat Nabi SAW dahulu juga banyak berkorban demi Islam. Salah seorang daripada bernama Zaid ibnu xxx, dan dia diseksa oleh Abu Suffiyan yang masih belum Islam ketika itu. Nabi SAW sudahpun berhijrah ke Mad...

Korban Cinta (1) – Tanyalah Ustaz 04.10.2013

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Ustaz Mohd Syed Norhisyam al-Idrus Sumber: FB Ustaz Syed Mohd Norhisyam al-Idrus Blok 1: Bacaan ayat 165, surah Al-Baqarah: Perkataan korban berasal dariapda perkataan Arab – ‘quraba’ yang bermaksud dekat atau untuk mendekatkan. Inilah juga perkataan yang orang Melayu guna untuk menerangkan sahabat yang rapat – iaitu sahabat karib. Jadi orang berkorban adalah untuk mendekatkan diri dengan seseorang atau untuk menunjukkan cinta kepada seseorang. Bila sebut cinta, biasanya orang nampak cinta antara ‘girlfriend’ dan ‘boyfriend’. Jadi, orang berumur boleh bercinta tak? Cuba ibu-ibu, hajah-hajah atau nenek-nenek tanya adakah suami mereka sayang pada mereka? J Ada orang sebut cinta mereka, ada orang tak sebut. Tetapi, Nabi SAW mengajar agar kita menyebut cinta kita. Dalam hadis baginda, Nabi SAW bersabda yang bermaksud, “Apabila kamu sayang seseorang, beritahulah dia.” Jadi, adalah sunat untuk beritahu seseorang yang kita sayang. Oleh itu beri...

Kawan atau Sahabat (2) – Tanyalah Ustaz 27.06.2013

Image
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang Bacaan surah Az-Zukhruf, ayat 67-68: Islam mengajar bahawa persahabatan kita ini akan dibawa ke akhirat dan bukan sekadar di dunia sahaja. Di akhirat nanti akan rakan yang karib di dunia tapi bermusuhan di akhirat. Dalam satu hadis Nabi SAW menceritakan ada seorang sahabat yang ingin pergi melawat seorang sahabatnya. Allah hantar seorang malaikat kepadanya dan bertanya, “Kemana kamu mahu pergi”. Jawab sahabat itu, “Aku ingin melawat sahabatku”. Malaikat bertanya lagi, “Adakah kamu mendapat apa-apa daripadanya?” Jawabnya, “Tidak, aku ingin melawatnya semata-mata kerana Allah”. Kata malaikat lagi, “Wahai si fulan, ketahuilah sesunggunya Allah menyayangimu kerana kau menyayangi sahabatmu kerana Allah”. Oleh itu, dalam bersabahat, niatkan untuk bersahabat sehingga ke syurga! Dalam bersahabat, adalah sunat untuk kita mengucapkan kasih sayang kepada rakan. ...

Kawan atau Sahabat (1) – Tanyalah Ustaz 26.04.2013

Image
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ Ustaz Syed Norhisyam Tuan Padang Bacaan surah Al-Furqan, ayat 27-30: Ayat-ayat ini merupakan ayat orang yang menyesal kerana tersilap pilih kawan. Menurut Abdullah bin Abbas, dialog ini merujuk kepada seorang bernama Uqbah yang pernah memeluk Islam. Namun setelah itu, kawan lamanya bernama Umayyah datang dan memujuknya kembali meninggalkan Islam dan dia pun terpengaruh dan mengikutnya. Maka, dia akan menjadi orang yang menyesal di akhirat ini. Walaupun cerita ini berlaku kepada Uqbah, namun pengajarannya adalah bersifat umum dan kita semua perlu mengambil pengajaran daripadanya. Oleh itu, kita perlu memilih kawan kerana Allah Ta’ala agar ianya menjadi satu ibadah bagi kita. Persahabatan sebegini akan menjadikan kita lebih dekat kepada Allah SWT. Salah satu keistimewaan sahabat yang berkawan kerana Allah akan mendapat perlindungan arasy Allah di akhirat nanti. Ada ulama membuat p...