Kawan atau Sahabat (2) – Tanyalah Ustaz 27.06.2013


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

Ustaz Syed Mohd Norhisyam Tuan Padang


Bacaan surah Az-Zukhruf, ayat 67-68:

Islam mengajar bahawa persahabatan kita ini akan dibawa ke akhirat dan bukan sekadar di dunia sahaja. Di akhirat nanti akan rakan yang karib di dunia tapi bermusuhan di akhirat.

Dalam satu hadis Nabi SAW menceritakan ada seorang sahabat yang ingin pergi melawat seorang sahabatnya. Allah hantar seorang malaikat kepadanya dan bertanya, “Kemana kamu mahu pergi”. Jawab sahabat itu, “Aku ingin melawat sahabatku”. Malaikat bertanya lagi, “Adakah kamu mendapat apa-apa daripadanya?” Jawabnya, “Tidak, aku ingin melawatnya semata-mata kerana Allah”. Kata malaikat lagi, “Wahai si fulan, ketahuilah sesunggunya Allah menyayangimu kerana kau menyayangi sahabatmu kerana Allah”.

Oleh itu, dalam bersabahat, niatkan untuk bersahabat sehingga ke syurga!

Dalam bersahabat, adalah sunat untuk kita mengucapkan kasih sayang kepada rakan. Jangan segan-segan, tetapi ini untuk persahabat sesama jenis sahaja.

Para sahabat mempunyai sifat ‘ithar’ iaitu mendahulukan sahabat. Dalam satu kisah, ketika peperangan, pasa sahabat cedera dan ingin diberikan makanan, tetapi setiap daripada menolak kerana ingin mendahulukan rakan yang lain. Akhiranya mereka pun meninggal dan makanan itu berpusing kembali kepada rakan yang pertama tadi.

Senarai soalan dan jawapan

S: Dalam bersahabat, kita disunatkan berziarah. Adakah menggunakan teknologi moden seperti sms, fb untuk mengeratkan silaturrahim mendapat pahala?
J: Kesukaran berziarah mungkin disebabkan kesibukan ataupun jarak yang jauh. Oleh itu, dibolehkan asal menjaga adab seperti yang dibincangkan semalam xxx. Facebook itu umpama pisau, ianya boleh memanfaatkan dan memudaratkan. Oleh itu, gunakanlah dengan baik.

S: Ada ibu bapa membiarkan anak-anak bergaul bebas antara lelaki dan perempuan?
J: Islam melarangnya, bahkan antara adik-beradik pun Islam menyuruh mengasingkan antara lelaki dan perempuan. Ibubapa tidak boleh menyerah bulat-bulat kepada anak dalam hal pergaulan mereka. Bahkan, ibubapa sendiri perlu menjaga batasan pergaulan antara mereka dan rakan sekerja. Banyak kisah berlaku isteri orang bergaul dengan tidak sepatutnya dengan suami orang di pejabat.

S: Ada sahabat yang suka pergi majlis ilmu, tetapi perangainya teruk. Dia suka menunjukkan yang dia pandai dan sukar ditegur. Apa yang perlu saya lakukan?
J: Inilah yang Ghazali bincangkan dalam bab ‘takabbur’ – ada orang akan menjadi ego kerana ilmu yang dimilikinya. Sepatutnya dengan bertambah ilmu, akan bertambah tawadhuk seseorang itu. Jika sebaliknya yang berlaku adalah kerana niat belajarnya yang tidak ikhlas mungkin kerana ingin menunjuk-nunjuk, ingin berlawan dengan orang lain dan sebagainya. Oleh itu sebagai sahabat, kita cari orang yang dia hormati dan minta menegurnya, in sha Allah dia berubah. Apa bukti ilmu yang dipelajari mempunyai kesan kepada seseorang? Apabila akhlaknya berubah menjadi lebih baik.

S: Dalam berkawan kita banyak buat salah, jadi apa yang perlu dilakukan? Adakah cukup sekadar minta maaf pada hari raya saja?
J: Untuk bertaubat, perlu meminta maaf pada orang tersebut. Jika kesalahan berkaitan hak seperti hartanya, maka perlu dipulangkan terlebih dahulu. Minta maaf apabila kita terasa buat salah dan bukannya tunggu hari raya dulu.

S: Saya ada seorang kawan bergelar ustaz yang mengambil kesempatan atas masyarakat dan anak muridnya. Bagaimana untuk saya menasihatinya sedangkan ilmu saya masih kurang?
J: Inilah yang Imam Ghazali gelar sebagai ulama jahat. Ulama sebegini sama ada menyebarkan ilmu yang salah, atau mengambil kesempatan atas kedudukannya. Usah berkawan dengan orang sebegini dan carilah guru yang lain.

S: Apakah cara terbaik menghargai sahabat yang telah meninggal dunia?
J: Kita doakan mereka dan teruskan menyambung silaturrahim dengan ahli keluarganya. Kita boleh juga teruskan menyebut kebaikan yang dilakukannya. Jika rakan itu pernah berkongsi ilmu dengan kita, amalkan ilmu itu agar rakan yang meninggal itu mendapat saham amalan yang baik.

S: Adakah rakan yang mengajar maksiat kepada rakan lain akan mendapat dosa apabila rakan yang diajar itu melakukan maksiat tersebut?
J: Dalam satu hadis, Nabi SAW mengatakan dalam setiap pembunuhan, akan ada saham dosa kepada Qabil anak Nabi Adam yang melakukan pembunuhan pertama. Jika diambil berdasarkan daripada hadis ini, maka akan ada saham dosa dalam maksiat itu kepada orang yang mengajarnya. Oleh itu, untuk bertaubat, perlu dicari kembali rakan yang diajar kejahatan itu dan dinasihatkan kembali. Jika tidak dapat dicari, maka perlu melakukan banyak kebaikan dan dakwah dengan harapan menggantikan kejahatan yang pernah diajar sebelum ini.

S: Adakah boleh berkawan dengan kawan bukan Islam, yang akhlaknya lebih baik daripada kawan yang Islam?
J: Boleh. Bahkan lebih baik jika dalam bersabahat itu dapat dikongsikan kebaikan Islam agar dapat menarik hatinya kepada Islam. Jangan kita menjadi punca orang bukan Islam tidak minat kepada Islam. Cubalah walau sekali mengajaknya kepada Islam kerana kita takut jika diakhirat nanti dia kan berhujah mengatakan walaupun kita berkawan dengannya, tapi kita tidak pernah mengajaknya kepada Islam.

S: Sahabat selalu meminta saya mendoakan dirinya. Adakah ini amalan yang baik?
J: Itu sahabat yang baik dan perbuatannya merupakan satu sunnah. Ketika Sy. Umar ingin menunaikan umrah, Rasulullah SAW juga berpesan kepada Sy. Umar agar mendoakan dirinya sedangkan kedudukan baginda lebih tinggi berbanding Umar. Dalam satu hadis lain pula disebut, sekiranya seorang sahabat mendoakan sahabat lain tanpa diketahui sahabat tersebut, maka akan ada malaikat yang mengaminkan dan mendoakan yang sama kepada orang yang berdoa. Setelah berdoa, kita jangan beritahu sahabat itu. Biarlah ianya menjadi ibadah antara kita dan Allah dan tanda sayang kita kepada sahabat itu. Biarlah kita mendoakan tanpa mengharapkan apa-apa manfaat. Inilah persahabatan yang sebenar. Dalam bersahabat tunaikan hak-hak sahabat seperti ziarah jika dia sakit, saling memberi salam, doakan ketika dia bersin.

والله أعلمُ بالـصـواب

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab