Bersedia Untuk Dihitung (2) – Tanyalah Ustaz 06.06.13

Ustaz Dr. Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim


Bacaan surah Al-‘Araf, ayat 179-180:

Sabda Nabi SAW, “Barangsiapa yang berusaha mencari ilmu yang boleh mendekatkan diri kepada Allah, maka Allah mudahkan baginya jalan untuk masuk syurga”.

Ayat yang dibaca menjelaskan bahawa mereka yang lalai – jin dan manusia – akan dimasukkan ke dalam neraka. Oleh itu, kita perlu jauh daripada termasuk dalam golongan yang rugi seperti ini.

Allah menyeru kita agar saling memperingati kerana ianya akan membawa manfaat yang baik kepada orang yang beriman.

Senarai soalan dan jawapan
S: Ada orang suka buka aib suami-isteri di laman sosial. Mohon ulasan ustaz?
J: Nabi SAW sangat tidak suka perkara sebegini. Bahkan, Allah sendiri suka menutup aib. Kita perlu tutup aib bukan sekadar daripada ahli keluarga, tetapi juga aib jirabn sahabat dan sesiapa sahaja. Ada beberapa tempat di mana aib dibenarkan untuk diceritakan iaitu doktor, hakim, peguam demi mendapat keadilan atau tujuan perubatan. Nabi SAW bersabda yang bermaksud bahawa barangsiapa yang menutup aib seseorang di dunia, maka Allah akan menutup aibnya di akhirat nanti. Sebaliknya jika seseorang membuka aib orang lain, maka Allah akan buka aibnya di hadapan semua manusia di akhirat. Keadaan tersebut pasti lebih memalukan.

S: Adakah perbuatan membuka aib orang membawa dosa besar?
J: Ya, kerana Nabi SAW dan Allah tidak suka kepada golongan ini. Ulama mengatakan antara golongan yang khianat ialah orang yang membuka aib pasangan, kawan atau sesiapa saja. Oleh itu, Nabi SAW menyarankan agar kita tidak membuka aib orang, dan sebaliknya menegur dengan hikmah.

S: Seorang rakan sangat takut kepada azab di akhirat nanti dan selalu mengamalkan zikir. Mohon ulasan ustaz?
J: Ulama ada menyatakan bahawa salah satu yang dapat menyelamatkan seseorang daripada azab Allah ialah lidah yang selalu berzikir. Sy. Muaz bin Jabal pernah bertanya, “Ya Rasulullah, apakah yang boleh aku lakukan untuk mendapat kemudahan urusan di akhirat”. Jawab Nabi SAW, “Usahakan untuk mati dalam keadaan kamu berzikir kepada Allah”. Oleh itu, ketika hidup mesti banyak berzikir juga. Tapi kita hari ini, lebih banyak mengingati dan menghafal lirik-lirik lagu. Cuba usahakan menghafal Al-Quran -> bangun sebelum Subuh dan cuba hafal 2 ayat sahaja (minimum) dan ulang-ulang sepanjang hari sehingga malam.


S: Ada ustaz kata jika kita berada dalam majlis zikir, kita boleh masuk syurga. Apakah yang dimaksudkan dengan majlis zikir?
J: Kenyataan itu benar. Ulama mengatakan ada banyak bentuk majlis zikir iaitu:
  • Majlis ilmu contohnya tazkirah, ceramah agama
  • Majlis zikir beramai-ramai seperti tahlil atau zikir-zikir lain yang warid daripada Nabi SAW. Perbuatan berzikir seperti ini juga secara tidak langsung dapat mengajar golongan muda untuk berzikir sama.


S: Boleh ustaz berikan zikir-zikir yang warid daripada Nabi SAW?
J: Sebelum mengamalkan zikir, pastikan diperiksa dan diketahui maknanya. Antara zikir yang warid ialah:
  • At-tasbih iaitu “Subhaballah”.
  • Hamdallah iaitu “Alhamdulillah”. Sabda Nabi SAW, "Sesiapa membaca Subhanallah, Alhamdulillah, maka Allah akan tanam untuknya pohon tamar di dalam syurga dan akan ditulis namanya disitu".
  • Takbir iaitu “Allahu Akbar”
  • Tahlil – “La ila ha illallah”. Zikir lain ialah istighfar, membaca Asma-Al-Husna dengan memahami maknanya.


S: Betulkah kita akan diberi peluang mempertahankan diri daripada dimasukkan ke neraka di akhirat nanti?
J: Di akhirat kita tidak diberi hak bercakap untuk membela diri, tetapi amal ibadat seperti solat, puasa dan  semuanya yang akan menjadi peguam dan membela kita. Hatta tempat kita pernah sujud pun akan datang menjadi saksi untuk memberi syafaat kepada kita.

S: Mohon ustaz senaraikan amalan untuk menyelamatkan kita daripada azab neraka?
J: Para ulama merujuk kepada hadis riwayat Imam Ahmad, Nabi SAW bersabda, “Buatlah 6 perkara, aku janji pada kamu syurga iaitu:
Bercakap benar bila berbicara
Bila janji, tepati.
Jaga amanah yang diberikan dengan baik
Jaga kemaluan daripada yang haram
Jangan lihat aib orang
Jaga tangan daripada melakukan maksiat

S: Bolehkah kita tutup mulut, butakan mata, pekakkan telinga agar tidak buat maksiat?
J: Betul, semua anggota badan kita akan menjadi saksi untuk menghitung amalan kita, tetapi Allah melarang kita membinasakan diri kita dan hukumnya haram jika dilakukan. Sama seperti kereta, ada bahaya jika dipandu laju dan boleh juga menyebabkan kematian, tetapi tidaklah pula kita musnahkan kereta itu. Kita perlu mendidik diri agar menggunakan anggota badan ke arah kebaikan. Lagipun, jika mata tidak nampak, bagaimana untuk melihat Al-Quran dan mencari rezeki, jika telinga tidak dapat mendengar, bagaimana untuk mendengan zikir dan seumpamanya?




Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab