Hikmah Lebah (2) - Tanyalah Ustaz 18.06.2013


بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ


Ustaz Asrul Nizam Abas


Bacaan surah An-Nahlu, ayat 69:

Hari ini kita akan lihat madu dan bahan lain yang dihasilkan lebah dan bagaimana menggunakannya kelebihannya.

Senarai soalan dan jawapan

S: Bagaimana kedudukan madu lebah dalam masyarakat Islam?
J: Madu telah pun disebut di dalam Al-Quran, tetapi sayangnya orang Islam kurang ambil peduli. Kebaikan madu telah dibuktikan secara saintifik juga. Sebenarnya orang bukan Islam di Barat telah lebih dahulu menggunakan madu dalam kehidupan seharian mereka berbanding kita di sini. Selain madu, ada beberapa makanan tambahan lain yang dihasilkan lebah. Antaranya ialah:
  • Propolis - suatu makanan yang baik untuk menghalang jangkitan bakteria.
  • ‘Royal jelly’ - rupanya lebih pekat dan berwarna putih seperti mayonis, dan rasanya masam sedikit. Royal jelly ini ialah makanan untuk ratu lebah dan jika dengan memakannya ratu lebah boleh hidup sehingga 80 tahun, maka ianya baik untuk awet muda. ‘Royal jelly’ merupakan makanan yang paling lengkap.
  • ‘Bee Pollen’ – debunga yang dikumpul lebah, elok untuk orang yang sakit kulit dan gatal-gatal.
  • Bisa lebah (bee venum) - baik untuk kesihatan saraf kerana membantu mengaktifkan saraf semula. Bagus untuk orang yang sakit sendi, terkena ‘stroke’, sakit tulang belakang dan seumpamanya.
  • Lilin lebah (bee’s wax) – Boleh di buat sapuan pada roti, atau bahan anti-karat.
  • Sarang lebah – boleh dimakan seperti ‘chewing gum’, dibuang setelah tiada rasa lagi. Bagus untuk memberi tenaga.
  • Pupa/Larva (anak lebah) – lebah ialah haiwan yang bersih, cuma sanggup atau tak sahaja J
  • Apiterapi iaitu Akupuntur dengan lebah. Ada banyak lagi sebenarnya, tapi saya sebut 10 saja

S: Kenapa ada persepsi berbeza tentang lebah dalam masyarakat?
J: Ada beberapa persepsi tentang madu dalam masyarakat. Antaranya:
  • Jangan beri madu pada bayi kerana panas. Ini salah – madu boleh diberikan tetapi dalam kuantiti yang sedikit, janganlah beri banyak-banyak.
  • Jangan makan madu dengan ubat kerana mulut akan berbuih – Ini salah, kerana madu merupakan makanan tambahan dan ubat berasal daripada dadah. Tiada masalah menggabungkan kedua-duanya.
  • Jangan makan madu dengan tembikai, nanti mabuk – Ini saya pernah cuba banyak kali, dan tidak mabuk pun.

S: Apakah khasiat madu lebah kepada manusia?
J: Dalam satu hadis, Nabi SAW bersadba, “Barangsiapa yang menjilat madu dengan air liurnya 3 kali dalam sebulan, maka dia tidak akan terkena penyakit yang berat”. Dalam kitab lain pula dinyatakan jika diamalkan minum madu, ianya akan menjaga perut kita daripada makanan yang tidak elok. Madu ialah makanan tambahan. Oleh itu, kita makan madu bukan untuk kesihatan serta-merta, tetapi untuk diamalkan untuk kesan jangka-masa panjang. Madu lebah akan membuang toksin yang telah lama berada dalam badan. Kemudian, madu juga akan menjaga badan daripada jangkitan tidak baik dan bertindak seperti ‘filter’ dalam perut.

S: Apakah cara makan madu terbaik?
J: Untuk tujuan rawatan:
  • Pertama – makan madu sahaja, tidak dicampur dengan bahan lain
  • Kedua – bancuh dengan air masak
  • Ketiga – paling berkesan, makan ketika baru bangun tidur sebelum makan apa-apa yang lain.
  • Keempat – amalkan 2 sudu pagi/malam
  • Jika makan madu, perlu minum air dengan banyak (min. 2 liter) kerana air akan membantu menggerakkan madu ke seluruh badan.
  • Boleh campur makan madu dengan ubat-ubat lain, kecuali jika ada alahan pada madu
  • Jika ingin beri pada bayi – beri sedikit sahaja
  • Tip untuk mula amalkan madu – bancuh madu dengan air kosong dan jadikan minuman seharian.

S: Apakah produk lebah yang terbaik?
J: Sebenarnya semuanya baik. Cuma, cara mengamalkannya yang berbeza mengikut tahap kesihatan dan apa yang ingin kita capai. Antara caranya:
  • Jika tidak penyakit apa-apa, amalkan madu asli.
  • Jika ingin anak yang cerdik, amalkan memberinya madu. Mulakan dari bayi lagi sehingga berumur 5 tahun, kerana proses tumbesarannya berlaku 90% pada tahun-tahun tersebut.
  • Jika ada penyakit, maka elok ambil ‘royal jelly’. Bagi mereka yang perlukan tenaga lebih, amalkan madu daripada hutan kerana ianya mengandungi herba. Jika selalu demam/selsema, amalkan madu asli. Jika batuk berterusan, asma, atau penyakit daripada virus, boleh amalkan propolis. Berdasarkan kajian di luar negara (Brazil) pada 2012, red propolis boleh menyembuhkan semua jenis penyakit barah.
  • Bisa lebah baik untuk membaiki saraf, penyakit sendi. Ada kajian terbaru menunjukkan bisa lebah boleh mengubati penyakit HIV

S: Bagaimana untuk kenal pasti madu yang asli?
J: Ada banyak cara tapi satu cara mudah – ambil madu dan tuang ke dalam air masak. Madu asli akan jatuh dengan cantik tanpa merubah air tersebut. Air hanya akan berubah setelah dikacau. Madu tiada tarikh luput. Keasliannya tidak bergantung pada cair atau pekat kerana bunga berbeza akan menghasilkan warna, kepekatan yang berbeza.

S: Apakah kesan sampingan madu?
J: Bahan semulajadi tiada kesan sampingan seperti ubat yang berasal daripada dadah, kecualilah jika seseorang ada alahan. Kita juga tidak boleh keliru dengan kesan sampingan dengan kesan penyembuhan. Antara kesan penyembuhan – rasa panas, pening, cirit-birit, muntah – ini sebahagian daripada proses pembersihan perut. Jika ingin kesan segera, ambil ‘royal jelly’ – biasanya selepas 5 minit sudah terasa.

والله أعلمُ بالـصـواب


Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab