Ustaz Mohd Izhar Ariff Mohd Kashim
Bacaan surah Al-Hujrat ayat 12-13 yang
bermaksud:
Daripada ayat yang dibacakan tadi,
Allah meminta kita menjauhkan diri daripada sikap buruk sangka,
terutamanya dalam kalangan adik-beradik. Jangan kita terlalu cepat
menghukum orang dengan prasangka buruk. Allah terangkan dengan jelas
dalam ayat ini bahawa sikap buruk sangka akan menyebabkan murka
Allah. Oleh itu, kita kena ingat bahawa bila kita suka buruk sangka,
kita akan sukar untuk masuk ke syugra. Dengan perasaan buruk sangka,
kita akan menyibukkan diri mencari aib orang lain. Nabi SAW bersabda
dalam satu hadis yang cukup masyhur, “Barangsiapa yang menutup aib
orang lain, Allah akan tutup aib-Nya di padang masyar kelak.”
Hormati adik-beradik dan semua ahli keluarga agar kita dapat menjaga
keharmonian rumah tangga. Senarai soalan & jawapan:
S: Apakah hukum seorang kakak yang suka
memburukkan adik ipar kepada ibunya sendiri?
J: Betul, perkara ini berlaku dalam
masyarakat. Tak kiralah sama ada k…
Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid
Masjid Muadz Bin Jabal, Setiawangsa, KL
Tafsir Quran: Surah Al-Baqarah, ayat 282:
Ayat ini merupakan yang terpanjang dalam Al-Quran, yang
terkandung di dalam surah terpanjang juga iaitu surah Al-Baqarah. Ayat ini berkaitan hutang. Hutang-piutnag merupakan
keperluan hidup manusia kerana
tidak semua orang mempunyai kemampuan memenuhi keperluan hidupnya. Oleh sebab
itu, Islam mengambil berat akan hal ini dan mengaturkan agar akad yang berlaku
dapat dipantau dari segi syariah. Islam mengatur kehidupan manusia termasuk
dalam hal hutang-piutang, dan ekonomi secara amnya. Ada beberapa istilah yang digunapakai berkaitan hutang di dalam
Al-Quran. Dalam surah Al-Hadid, ayat 11, Allah berfirman:
Alhamdulillah dapat berkumpul dalam
majlis ingat-memperingati sebegini. Prinsip makanan Nabi SAW ada 3: Nabi SAW galakkan kita makan makanan
yang halal.Nabi SAW larang makan makanan haram.Nabi SAW tidak galakkan makan sesuatu
dan ulama mengklasifikasikannya sebagai makruh.
Makanan kegemaran Nabi SAW seperti yang
dibincangkan semalam ialah cuka, garam dan zaitun. Dalam satu hadis,
Rasullullah SAW bersabda: “Makan
dan berminyaklah dengan zaitun karena ia berasal dari pohon yang
diberkati (HR. Tirmidzi)”.
Satu lagi makanan kegemaran Nabi SAW
ialah kurma. Nabi SAW suka makan
kurma jenis 'Rhutob' dan kurma ini bersifat agak panas dan Nabi SAW
akan minum air dengan banyak. Daripada kajian, didapati kurma
mengandungi 2% protein, 4% serat, 57% glukosa, vitamin A, C, dan
garam galian lain seperti zat besi. Oleh itu, seelok-eloknya biarlah
di rumah kita sentiasa ada stok kurma. Antara penyakit yang boleh
diubati dengan …