Posts

Showing posts with the label Doa

Zakat Pertanian & Kepentingan Zikir & Doa - Rauhah DMC 15012018

Image
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم   Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid Rauhah DMC 15012018 Rakaman FB LIVE Video: https://www.facebook.com/darmedia.tv/videos/1564887773600587/?hc_ref=ARRKS-6juedWI4OwQU_v1dckFvj1cPT-EgdJVNeZJHVDegHwIi06-ic3umORt8STgc4 Kitab Matan Abi Sujak m/s 43 Bab Zakat Hasil Bumi (Pertanian) Ulangkaji yang lepas - kadar zakar pendapatan 2.5%. Semua hasil pendapatan - baik daripada ternakan, pertanian, kepandaian dll, hakikatnya berpunca daripada Allah سبحانه و تعالى. Oleh sebab itu kena patuhi hukuman Allah untuk diserahkan sebahagian tertentu kepada golongan asnaf zakat. Kiraan tahun untuk keluarkan zakat kena ikut tahun hijriah, sebab semua hukum syarak adalah mengikut kiraan kalendar hijrah. Zakat tanaman terhad kepada tanaman yang menjadi makanan ruji penduduk setempat, contohnya padi, gandum, mungkin juga jagung. Waktu mengeluarkan zakat hasil bumi ialah setela...

'Hajatuna Katheer' - Ikhtiar qabul hajat dengan surah Al-Fatihah

Image
* sumber asal dari FB Keluarga Ribatul Quran Syeikh Abdullah Jehaf telah menyampaikan satu manfaat. Diriwayatkan daripada Imam Muhyiddin Ibnu Arabi bahawa barangsiapa mempunyai hajat tertentu beramallah dengan amalan ini:- Selepas solat fardhu maghrib iaitu selepas menunaikan solat sunat selepas maghrib bacalah sepenuhnya Surah Al-Fatihah sebanyak 40x sebelum bangun dari tempat solat dan seterusnya berdoa sebagaimana berikut: إِلَهِي عِلْمُكَ  كَافِ عَنِ السُّؤَالِ،ِ اِكْفِنِي بِحَقِّ الفَاتِحَةِ سُؤَالا، وَكَرِّمُكَ كَافِ عَنِ المَقَال، أَكْرِمْنِي  بِحَقِّ الفَاتِحَةِ مَقَالا . وَحَصِّىلْ لِي مَا فِى ضَمِيْرِي Ertinya: "Tuhanku, ilmu-ilmu Mu telah mencukupi untuk semua permohonan, cukuplah untukku dengan kebenaran Surah Al-Fatihah ke atas berbagai permohonan. Kemurahan Mu memadai untuk segala yang sedikit, muliakanlah aku dengan keberkatan Surah Al-Fatihah dan jadikanlah apa-apa yang teringin di dalam hatiku menjadi suatu kenyataan." #doa #hajat #fatihah #rib...

Doa Makbul (2) - Tanyalah Ustaz 03.05.2012

Image
Ustaz Muhamad Fauzi Bin Mustaffa Bacaan surah Al-Anbiya', ayat 89-90, bermaksud: [89] Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi”. [90] Maka Kami perkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami. Pengajaran daripada ayat: Nabi pun berdoa, inikan pula kita yang serba kekurangan. Adab-adab berdoa: Menggunakan suara yang perlahan, biar telinga kita saja yang dengar. Doa secara rahsia adalah lebih baik 70x dar...