Posts

Showing posts with the label Ustaz Mustaffa Kamal Hamzah

"Jadilah kamu orang yang berilmu." - Burdah Pembukaan MTDM 22.08.2014

Image
  بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم Pembukaan Majlis Ta'lim Darul Murtadza 22.08.2014 Rakaman audio Burdah dan Tausiyah Ustaz Mustaffa Kamal Hamzah (Terengganu) Seandainya kita memuji Sayyidina Nabi Muhammad ﷺ daripada kita hidup sehingga kita mati sekalipun, sesungguhnya pujian itu tidak cukup kerana sesungguhnya baginda Rasulullah ﷺ sudah sempurna dengan pujian Allah SWT. Allah SWT memuliakan Rasulullah ﷺ, maka ketahuilah sesiapa yang memuliakan baginda Rasulullah ﷺ, sudah pasti dia akan dimuliakan Allah SWT, sudah pasti Allah Ta'ala memberi rahmat kepadanya, bahkan Nabi ﷺ bersabda, “Sesiapa berselawat kepadaku sekali, Allah akan menurunkan rahmat kepadanya 10 kali” dan Allah Ta'ala sendiri menunjukkan kasih-sayang Allah Ta'ala kepada Rasulullah ﷺ mengatasi para Rasul yang lain. Allah Ta'ala telah muliakan Nabi Adam a.s, firman Allah Ta'ala dalam ayat 35, surah A-Baqarah: ...

Rasulullah SAW – Guru Sepanjang Zaman (3) – Tanyalah Ustaz 19.05.2013

Image
Ustaz Mustafa Kamal Hamzah Bacaan surah Qalam, ayat 1-4: Ayat ini menyatakan bahawa Nabi SAW merupakan seorang yang bijaksana. Seseorang itu akan mendapat ilmu dengan mendengar dan menulis. Akhlak Rasulullah SAW ialah Al-Quran. Antara akhlak baginda yang boleh ditiru oleh guru ialah: Sabar dengan karenah anak murid – “Sesungguhnya Allah bersabar dengan orang yang sabar”. Sabar dalam menyampaikan ilmu – Kejayaan guru bukan diukur dengan tingginya ilmu, tetapi lebih kepada pembetukan akhlak pelajar yang baik. Kata ulama, “Jadikan ilmu kamu seperti garam, dan akhlak kamu seperti tepung”. Biarlah ilmunya sedikit, tetapi ibadat dan akhlaknya baik berbanding memiliki ilmu yang tinggi tetapi tidak beribadat dan berakhlak. Guru sebenar ialah guru yang membawa kepada ubudiyyah kepada Allah dan bukan mencari harta semata-mata. Sabar dengan berdoa kepada Allah – Doakan anak murid, dan doakan agar diberi keihklasan dalam menyampaikan ilmu Allah. Allah sangat kasih pad...

Rasulullah SAW – Guru Sepanjang Zaman (2) – Tanyalah Ustaz 18.05.2013

Image
Ustaz Mustafa Kamal Hamzah Bacaan surah Luqman, ayat 13-15: Luqman ialah seorang yang bijaksana dan mengajar anak-anaknya dengan baik. Seorang guru yang baik ialah guru yang mengambil contoh daripada guru terbaik, iaitu Nabi Muhammad SAW. Perkara pertama yang Nabi SAW ajar ialah tauhid kepada Allah. Inilah juga perkara pertama yang Luqman berpesan kepada anaknya – iaitu jangan mensyirikkan Allah. Ada 2 peringkat tarbiyyah dalam berdakwah iaitu Tarbiyyah Makkiyyah yang menekankan agar manusia menyembah hanya Allah, dan meninggalkan berhala. Tarbiyyah Madaniyyah, di mana Nabi SAW mengajar tentang ibadat dan akhlak. Tugas utama guru ialah mengubah manusia agar menjadi insan yang diredhai Allah, dan mendapat keampunan Allah SWT. Maka, guru perlu: Membetulkan niat anak murid belajar Menunjukkan contoh yang baik Menyayangi anak-anak muridnya, Banyak bersabar menghadapi karenah anak-anak Banyak bergantung dan berdoa mohon bantuan Allah kerana hidayah m...

Rasulullah SAW – Guru Sepanjang Zaman (1) – Tanyalah Ustaz 17.05.2013

Image
Ustaz Mustafa Kamah Hamzah Selamat Hari Guru kepada guru-guru, pertarbiyyah-pentarbiyyah yang membawakan manusia lebih dekat kepada Allah Ta’ala. Bacaan surah Jum’aah, ayat 1-2: Jika tidak dikenalkan, kita takkan mengenal Allah. Oleh itu, Nabi diutuskan untuk menjadi guru dan mengajar manusia. Rasul SAW diutuskan untuk mengenalkan tentang Allah. Tiga perkara besar yang dibawa oleh Nabi SAW ialah: Membacakan ayat-ayat Allah – mengenalkan Allah kepada Allah dengan mengajar tauhid kepada Allah Membersihkan mereka daripada iqtikad yang sesat Mengajarkan kitab Al-Quran - pengetahuan tentang Allah,  hikmah dan syariat yang ada didalamnya.  Nabi SAW mengajar dan mendidik para sahabat. Nabi SAW juga menunjukkan contoh dalam setiap aspek kehidupan. Oleh itu layaklah Nabi SAW dipanggil sebagai guru sepanjang zaman. Nabi SAW juga diutuskan untuk menyempurnakan akhlak. Nabi SAW mendidik para sahabat sehingga menjadi golongan y...