Posts

Showing posts with the label Habib Kadzim Jaafar As-Saggof

Sesi 2 - Daurah kitab Ayyuhal Walad bersama Habib Kazim Jaafar As-Saqqaf

Image
بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العالمين  اللهم صل على سيدنا محمد و على اله وصحبه وسلم Habib Kazim Jaafar As Saqqaf Terjemahan oleh Ustaz Iqbal Al Jauhari Sesi 2 (06.06.2015) Telah disebutkan sebelum ini bahawa Imam Ghazali rahmatullah alaih memulakan penulisannya dengan mendoakan dipanjangkan umur dalam ketaatan. Dalam hadis Rasulullah ﷺ   bersabda, “Sangat bahagia seseorang yang dipanjangkan umur dan baik amalannya.” Dan juga antara ketaatan ialah memperbanyakkan zikir: سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ  سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ yang ringan di lidah tapi berat di mizan. Maka ianya tidak seberat ibadat lain seperti solat, puasa dsb tetapi ianya adalah amalan ringan yang agung di sisi Allah سبحانه و تعالى. Sesuatu yang telah ditetapkan Allah سبحانه و تعالى boleh diubah dengan doa seperti yang disebut dalam hadis Rasulullah ﷺ. Contohnya jika seseorang berumur 60 tahun, tapi dengan doa seorang wali, mungkin umurnya boleh menjadi seh...

Sesi 1 - Daurah Kitab Ayyuhal Walad bersama Habib Kazim As-Saqqaf

Image
بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العالمين  اللهم صل على سيدنا محمد و على اله وصحبه وسلم Habib Kazim As-Saqqaf* Terjemahan oleh Ustaz Iqbal Al-Jauhari* Sesi 1: Sabtu 06.06.2015 Pujian kepada Allah سبحانه و تعالى, selawat dan salam kepada Rasulullah ﷺ, ahli keluarga, sahabat beliau, dan mereka yang mengikut baginda. Kitab ini penuh dengan manfaat dan faedah yang besar kepada rohani, ditulis oleh Imam Ghazali. Kitab ini ditulis khusus untuk seorang penuntut ilmu yang ingin mengetahui saripati sesuatu ilmu.  Ilmu terbahagi kepada dua - kulit dan isinya. Ilmu yang akan dibincangkan dalam kitab ini berbentuk intipati dan bukan luaran. Ilmu dalam kitab ini ialah ilmu yang beri isyarat untuk beramal. Ini adalah satu permata.  Kitab ini dimulakan dengan kalam بسم الله الرحمن الرحيم. Ini adalah untuk meniru Allah سبحانه و تعالى yang memulakan bacaan Surah dengan بسم الله الرحمن الرحيم. Sabda Rasulullah ﷺ, “Sesuatu yang tidak dimulakan den...

Jangan kamu makan, makan, makan....

Image
"Kita biasa niat dalam ibadah seperti solat, zakat dan seumpamanya. Tetapi kita sering lupa berniat apabila melakukan perkara yang tidak salah ataupun tidak sunnah (mubah), sedangkan berniat dalam perbuatan yang harus akan menjadikan amalan itu disukai Allah. Perkara ini banyak disebut dalam kitab-kitab Usuluddin. Sepertimana yang disebut oleh seorang wali Allah SWT, Ibnu Ruslan bermazhab Syafie dalam kitabnya Az-Zubat, “ Apabila berniat baik – ketika makan sekalipun, maka seseorang itu akan mendapat seperti apa yang diniatkannya itu ” . Oleh itu, ketika membaca Bismillah dan doa makan, niatkan juga agar dirimu menjadi kuat agar dapat beribadat dan bersyukur kepada Allah SWT. Jangan kamu makan, makan, makan tanpa niat yang baik. Jika kamu niatkan yang baik, maka setiap suapan akan memberikan pahala yang baik." - ringkasan pesanan Habib Kazim As-Seggaf, surau Mustaqim, AU5C, Keramat KL.

"Mulakan sunnah Nabi SAW di rumahmu" - Tausiyah Mawlid Januari 2013 – 04.01.2013

Image
Habib Kadzim bin Jaafar As-Saggof Majlis Ta'lim Darul Murtadza Segala puji bagi Allah yang menghimpunkan kita ini untuk mencari rahmat dari Allah Ta’la. Yang akan diberi oleh Allah kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan juga bergantung kepada hubungan orang itu yang dengan Nabi SAW. Rahmat itu akan terlihat pada umat ini dengan mereka mudah meniru akhlak Nabi SAW, dan mereka berusaha menghidupkan sunnah Nabi SAW, dan bergerak menyebarkan dakwah Nabi SAW ke seluruh pelusuk dunia. Tentunya rahmat yang diberikan Allah SWT kepada kita bukan hanya nampak di dunia, tetapi akan nampak lebih jelas nanti di akhirat. Yang demikian itu telah diberitakan oleh Nabi SAW sebagai berita gembira kepada mereka yang hadir dalam majlis seumpama ini, akan diseru oleh malaikat kepada mereka yang hadir, “Bangkitlah dan bersurailah dalam keadaan dosa kamu telah diampunkan dan digantikan sebanyak dosa itu dengan kebaikan dari Allah”. Akan nampak kejelasan keberkatan majl...