Jangan kamu makan, makan, makan....



"Kita biasa niat dalam ibadah seperti solat, zakat dan seumpamanya. Tetapi kita sering lupa berniat apabila melakukan perkara yang tidak salah ataupun tidak sunnah (mubah), sedangkan berniat dalam perbuatan yang harus akan menjadikan amalan itu disukai Allah. Perkara ini banyak disebut dalam kitab-kitab Usuluddin. Sepertimana yang disebut oleh seorang wali Allah SWT, Ibnu Ruslan bermazhab Syafie dalam kitabnya Az-Zubat, Apabila berniat baik ketika makan sekalipun, maka seseorang itu akan mendapat seperti apa yang diniatkannya itu. Oleh itu, ketika membaca Bismillah dan doa makan, niatkan juga agar dirimu menjadi kuat agar dapat beribadat dan bersyukur kepada Allah SWT. Jangan kamu makan, makan, makan tanpa niat yang baik. Jika kamu niatkan yang baik, maka setiap suapan akan memberikan pahala yang baik."

- ringkasan pesanan Habib Kazim As-Seggaf, surau Mustaqim, AU5C, Keramat KL.


Popular posts from this blog

Tanggungjawab Adik-Beradik (2) - Tanyalah Ustaz 21.06.2012

Diet Rasulullah (2) – Tanyalah Ustaz 26 Ramadhan 1433H (15.08.2012)

Tafsir Quran: Ayat 282 surah Al-Baqarah - Majlis Ta'lim Darul Mutadza 09.11.2012