BAGAIMANA UNTUK ISTIQAMAH SEPANJANG RAMADHAN???
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ
Kredit kepada FB PONDOK HABIB untuk foto dan 'post' - Sumber asal
BAGAIMANA UNTUK ISTIQAMAH SEPANJANG RAMADHAN???
Sesungguhnya bulan ramadhan adalah peluang untuk mendapatkan pengampunan dan mendekatkan diri kepada Allah. Banyak kali berlaku pada setiap tahun kita dapati diri kita penuh bersemangat beribadah pada permulaan ramadhan dan seseorang itu mendapati dirinya sangat mudah melaksanakan solat terawikh serta bergembira dapat membaca al Quran. Kemudian banyak yang mengadu, semangat ini semakin lemah apabila berlalunya seminggu atau sepuluh hari ramadhan mulalah dirinya merasakan jemu dan bosan serta beban. Kebanyakkan daripada kita merasai perasaan demikian. Untuk mengubati semua itu, mestilah setiap daripada kita melakukan 3 perkara ini.
Apabila engkau menjaga 3 perkara ini semangat kamu akan terus berkekalan hingga ke akhir ramadhan bahkan ianya semakin bertambah pada 10 malam terakhir sepertimana ibadah Rasulullah saw,begitu juga ahli keluarganya serta sahabatnya r.a.h.m. Antara 3 perkara yang menjaga semangat ketaatan seseorang adalah:
1.Doa dan pengharapan kepada Allah

Iaitu setiap malam atau setiap kali selepas solat, mohon kepada Allah agar diberi ketaatan kepadaNya kerana ketaatan adalah PEMBERIAN dariNya. Setiap manusia masih belum terbaik ketaatan padaNya. Sebab itu ada hadith dari Rasulullah saw ketika Saidina Muadz bin Jabbal r.a bersama Nabi saw. Rasulullah saw bersabda kepadanya, “Wahai Muadz, aku kasih kepadamu. Jangan kamu tinggal setiap kali selepas solat untuk berdoa, ‘Ya Allah bantulah aku untuk terus mengingatiMu, bersyukur kepadaMu dan melaksanakan ibadah dengan baik kepadaMu’ .” Doa yang nampaknya mudah pada diri dan hati kita namun demikian ianya penuh dengan kebaikan dan kemanfaatan yang sangat agung. Ianya adalah hadiah dari Nabi saw kepada sesiapa yang Nabi saw cintai. Maka perkara yang pertama adalah berdoa kepada Allah dengan penuh harapan.
2. Menjaga pandangan, pendengaran dan pertuturan.
Apa maknanya? Hendaklah setiap daripada kita menjaga 3 perkara ini sewaktu berpuasa di pagi hari dan ketika berbuka di malam hari. Menjaga matanya dari melihat perkara yang diharamkan Allah. Menjaga telinga daripada mendengar sesuatu yang tidak disukai Allah seperti mengumpat, mengadu domba dan kata-kata kesat. Menjaga lidahnya dari berkata sesuatu yang tidak disukai Allah seperti mencerita keburukan manusia, menyakiti hatinya, menutur kata-kata kesat dan membuat pembohongan. Apabila seseorang itu telah menjaga dan menyucikan pandangannya, pendengarannya dan pertuturannya maka di situ dia telah mensucikan hatinya.
3. Pastikan setiap hari dari kita ketika beribadah, hatinya sentiasa hadir bersama Allah.
Tidak hanya menjadikan solat terawikh itu hanyalah rakaat-rakaat sahaja kemudian habis. Semua yang berlaku di sekeliling, semua permasalahan dan segala bentuk keadaan datang dan teringat ketika sedang solat. Apabila mengangkat takbir, mulalah bermacam-macam keadaan datang menjelma. Setiap daripada kita perlu bersungguh-sungguh menghadirkan hati bersama Allah ketika beribadah. Dan apabila seseorang itu mengambil al Quran dan membacanya, janganlah dirasai huruf sahaja yang dibaca. Apabila dia memegang al Quran dia memastikan dirinya membaca 2 atau 3 juzu’ sehari. Ketika membaca dia melihat sudah habis berapa juzu’ dan berapa yang masih tinggal lagi. Bukan begini cara membaca kalamullah. Sepatutnya kita mesti mengawasi hati ini untuk sentisasa hadir bersama Allah ketika beribadah. Para sahabat dan tabi’in r.a.h.m terdahulu apabila mengambil al Quran untuk dibaca mereka merasakan di hati mereka kebesaran dan ketakutan kepada Allah sehingga merasakan yang berfirman ini adalah Allah. ‘Ikrimah r.a apabila dia mengambil al Quran dan membukanya ketika dia melihat huruf al Quran terus meresap ke hatinya kebesaran dan keagungan Allah. Kemudian berkata , “Ini firman Tuhanku, ini firman Tuhanku, ini firman Tuhanku.” Dia jatuh ketakutan mengalirkan air mata sebelum memulakan lagi pembacaannya lagi. Menghadirkan hati bersama Allah itu sukar ianya memerlukan kesungguhan. Ianya tidak datang pada malam pertama, kedua, ketiga atau kesepuluh.
Allah taala berfirman, “dan mereka yang berusaha untuk mencari keredhaan Kami, sungguh kami akan tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami..” Allah taala berjanji kepada sesiapa yang berusaha untuk menghadirkan hati bersama Allah akan ditunjukan jalanNya yang benar.
- al Habib Ali al Jufree