Posts

Showing posts with the label Tanyalah Ustaz

Untung Rugi Memberi (1) – Tanyalah Ustaz 16.05.2014

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ   Untung Rugi Memberi (1) – Tanyalah Ustaz 16.05.2014 Bacaan surah Al-Baqarah, ayat 254: Ringkasan huraian: Semua rezeki yang ada pada kita adalah daripada Allah SWT dan bukan semata-mata kerana kebijakan/kebolehan kita. Kiamat yang dimaksudkan boleh jadi kiamat kecil dengan kematian kita, atau kiamat yang sebenar. Namun, ulama mengatakan kiamat yang dimaksudkan dalam ayat ialah kiamat yang sebenar. Pada hari kiamat nanti – keluarga, zuriat, kawan tidak lagi dapat memberi syafaat (pertolongan) kecuali apa yang Allah izinkan. Orang-orang kafir adalah orang yang zalim kerana mereka sukar memberi dan kita dilarang mengikuti sifat mereka. Apa maksud memberi?  Member nafkah yang wajib, minimum ada 2: Nafkah kepada isteri dan anak-anak (keluarga) mengikut kadar kemampuannya. Zakat bagi yang cukup nisabnya. Tambahan nafkah yang wajib pada sebahagian orang: Kafarah untuk mensucika...

Akibat Murung (1) - Tanyalah Ustaz 10.03.14

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Ustaz Abdul Rashid Ahmad* Video rakaman: www. tonton.com.my Tafsir Quran Surah Al-Hadid, ayat 22 -23: Dalam kehidupan seorang Muslim, kita tak terlepas daripada 3 perkara, iaitu: Mendapat nikmat – perlu disyukuri agar Allah tambah nikmat. Ada banyak bentuk cthnya – rezeki, anak, kesihatan dll. Mendapat musibah – jangan cepat murung dengan musihah yang diterima Berbuat dosa – Sebaik-baik orang bersalah ialah orang yang segera bertaubat. Senarai soalan dan jawapan S: Apakah maksud kemurungan? J: Kemurungan atau ‘depression’ ialah penyakit psikologi yang melibatkan rasa sedih, rendah diri, hilang semangat, yang serius. Kesannya melibatkan masalah emosi, fizikal. S: Adakah kemurungan satu musibah? J: Dalam satu kisah yang diceritakan sahabat, lampu Rasulullah SAW terpadam dan baginda menyebut, “Innalillahiwainnailahiroji’un”. Sahabat itu bertanya, “Adakah padam lampu itu mu...

Awet Muda (2) – Tanyalah Ustaz 2014

Image
السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ  Ustaz Halim Din* Bacaaan surah An-Nisa’ ayat 116-121: Awet muda itu sesuatu yang bersifat kecantikan, keindahan. Dalam hadis Bukhari ada direkodkan hadis yang berbunyi, “Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan.” Tetapi kecantikan yang kita cari bukanlah semata-mata kecantikan diri tetapi kecantikan yang membawa kita kepada Allah SWT. Nabi Muhammad SAW menunjukkan contoh dirinya sebagai seorang manusia yang indah di luar dan di dalam. Namun hari ini, ramai orang yang kerana ingin cantik tidak peduli lagi kepada apa yang halal dan haram dan sanggup menggunakan khidmat sihir sehingga membawa syirik kepada Allah SWT. Penampilan Nabi Muhammad SAW itu sejuk mata memandang – maknanya orang memandangnya berseri-seri. Sebaliknya orang yang tidak terurus nampak seperti orang yang bermasalah. Nabi Yusuf dikatakan antara orang yang sangat cantik – dikatakan mempunyai separuh kecantikan lelak...

Amalan Termakbul atau Tertolak (1) – Tanyalah Ustaz 2013

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Ustaz Nor Raihan Abdul Aziz* Bacaan surah Ad-Dhuha: Dalam surah ini, Allah bersumpah demi waktu Dhuha – waktu sekarang ini, dan diakhir ayat ini agar kita tidak mendustakan nikmat yang diberi-Nya. Semua orang nak masuk syurga tapi adakah kita layak dengan amalan yang kita lakukan? Inilah yang akan dibincangkan. Berfikir sesaat itu lebih baik daripada ibadah setahun – berfikir adakah amalan yang kita lakukan ini boleh membawa kita ke syurga? Syurga yang amat mahal, milik Allah SWT. Rasulullah SAW bersabda, “Tiada seorang pun boleh mengharapkan amalannya akan bawa dia ke syurga”. Sahabat pun bertanya, “Walaupun tuan?” Jawab baginada, “melainkan dengan amalan saya Allah ampunkan dan rahmati saya.” Jadi, memang dengan amalan kita, kita tak boleh berharap untuk ke syurga, tetapi kenapa kita beramal? Untuk mendapatkan ampun dan rahmat Allah Ta'ala. Inilah sebabnya kita beramal. Orang yang melangkah ke surau/masj...

Sedekah & Hadiah (2) – Tanyalah Ustaz 30.01.2014

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  Ustaz Jazlan Abdullah* Sumber asal:  Tanyalah Ustaz TV9 Bacaan ayat 261, surah Al-Baqarah: Sedekah ialah apabila kita memberi kepada orang yang memerlukan. Hadiah ialah satu perhargaan atau keistimewaan yang diberikan kepada sesiapa sahaja. Senarai soalan dan jawapan: S: Mohon ustaz nyatakan kelebihan orang-orang yang memberi sedekah? J: Antaranya ialah: Akan mendapat ganjaran daripada Allah seperti yang dinyatakan dalam ayat 261, surah Al-Baqarah. Dimurahkan rezeki. Orang yang diberi peluang bersedekah merupakan orang yang telahpun dimurahkan rezekinya, jika tidak, seseorang itu takkan mampu untuk bersedekah. Orang yang bersedekah dijanjikan Allah bahawa rezekinya akan dilipat-gandakan. Orang yang bersedekah takkan jadi orang susah, dan dijami rezekinya manakala orang yang kedekut bersedekah yang hidup susah. Kenapa? Kerana dia susah hati. Meringankan bebanan orang yang susah Dapat membina ukhuwwah da...