Posts

Showing posts with the label Haji

Tentang Haji (3) - Tanyalah Ustaz 18.08.2013

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Ustaz Mohd Salahuddin Mohamed Sumber: My Islam Media Bacaan surah Al-Baqarah ayat 197: Fokus hari ini ialah manfaat setelah mengerjakan haji seperti yang dicatat oleh Syeikh Dr. Mohd Zulhairi* dalam kitabnya yang berjudul Fiqh Islami*. Sabda Nabi SAW dalam hadis baginda, “Barangsiapa yang mengerjakan haji dan didalamnya dia tidak mengucapkan kata-kata yang tidak senonoh, tidak berbuat fasiq, maka dia kembali sebagaimana dia dilahirkan.” Antaranya catatan Syeikh Dr. Mohd Zulhairi ialah: Allah menghapuskan dosa kecil. Setelah ulama lain mengatakan dosa besar juga akan dihapuskan Membersihkan diri dan menjauhkan diri daripada maksiat Jiwa menjadi bersih dalam tajdid (meneruskan) kehidupan Menambah sifat ehsan dengan Allah SWT dengan menjaga keikhlasan kepada Allah Meneguhkan dan menguatkan cita-cita melalui cabaran yang dilalui ketika mengerjakan ibadah haji Mengukuhkan sangkaan baik kepada Allah – walaupun ada sangat ramai oran...

Tentang Haji (2) - Tanyalah Ustaz 17.08.2013

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Ustaz Mohd Salahudin Mohamed Bacaan surat At-Taubah, ayat 3: Ayat ini diturunkan ketika Abu Bakar r.a. memimpin para jemaah untuk menunaikan ibadah haji pada tahun 9H. Ini bertujuan menunjukkan kepada kaum musyrikin cara melakukan haji mengikut Islam. Para musyrikin dahulu melakukan tawaf tanpa berpakaian, lelaki di siang hari dan wanita di malam hari. Inilah cara Nabi SAW mengubah mereka secara berperingkat. Falsafah ini perlu kita ambil dalam membentuk perubahan kepada kebaikan dalam keadaan kehidupan yang penuh ujian hari ini. Syeikh Ahmad Al-Fatani menggunakan masa ketika jemaah Tanah Melayu menunaikan haji untuk melatih dan menanam semangat untuk mempertahankan negara dan menghalau penjajah. Inilah kaedah yang diajar oleh para ulama kita. Ketika berhimpun di Arafah, kita perlu ingatkan diri bagaimana keadaaan kita nanti di padang Masyar. Sebagaimana dijelaskan oleh Nabi SAW, padang Masyar hanyalah seluas bumi Syam yang ...

Labbaika (1) - Tanyalah Ustaz 24.10.2012

Image
Ustaz Dato' Abu Hassan Din Bacaan surah Al-Hajj, ayat 27-29: Ucapan “Labbaika” merupakan simbol yang seseorang itu menyahut panggilan Allah untuk mengerjakan ibadat haji atau umrah. Haji merupakan ibadah yang difardhukan ke atas semua umat Islam yang mampu dan merupakan salah satu daripada rukun Islam yang lima. Mampu ertinya mampu dari segi kewangan, sihat tubuh badan dan selamat perjalanan pergi dan balik. Namun begitu, tidak wajib tidaklah bermakna tidak boleh dikerjakan. Contoh seperti solat Jumaat, walaupun tak wajib ke atas wanita, tetapi tidak menjadi kesalahan jika ingin dikerjakan. Senarai soalan dan jawapan: S: Mengapa orang musyrik dan orang Jahiliyyah juga mengerjakan haji? J: Sebenarnya orang Yahudi dan Nasrani menganggap Nabi Ibrahim sebagai nabi mereka dan oleh sebab mereka ingatkan haji untuk mereka juga. Namun, Allah jawab persoalan ini dalam ayat 67, surah Ali Imran yang menyatakan bahawa Nabi Ibrahim adalah untuk orang Islam. Perkara ini ...