Iktibar Israk Mikraj (2) – Tanyalah Ustaz 16.06.2012
Ustaz Muhammad Abdullah Al-Amin Bacaan surah Al-Ahzaab ayat 23 yang bermaksud: Mudah-mudahan Allah takdirkan kita sentiasa berada dalam kebaikan. Selawat dan salam kepada Nabi SAW yang mengajar kita erti keimanan. Semoga majlis ini membawa kebaikan kepada kita semua. Mengikut sebahagian besar ulama, Israk Mikraj berlaku pada malam 27 Rajab, iaitu malam ini. Setelah sampai ke Masjid Aqsa, Nabi SAW dimikrajkan dari satu langit ke langit berikutnya dan Nabi SAW nampak ramainya tentera-tentera Allah yang menjaga langit. Nabi SAW juga bertemu dengan para anbiya' sehinggalah baginda sampai ke Siratul Muntaha. Dan di situlah Nabi SAW dikurniakan dengan ibadah solat. Kenapa solat diberikan secara langsung kepada Nabi sedangkan ibadah lain diwakilkan melalui wahyu kepada Jibril. Ini menunjukkan bahawa solat ini istimewa. Allah berfirman, “Solatlah untuk mengingati-Ku”. Jadi dengan kata lain solat merupakan mikraj seorang hamba untuk 'bertemu' Allah. Oleh itu kita ulang s...