Posts

Showing posts with the label Ayyuhal Walad

Sesi 2 - Daurah kitab Ayyuhal Walad bersama Habib Kazim Jaafar As-Saqqaf

Image
بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العالمين  اللهم صل على سيدنا محمد و على اله وصحبه وسلم Habib Kazim Jaafar As Saqqaf Terjemahan oleh Ustaz Iqbal Al Jauhari Sesi 2 (06.06.2015) Telah disebutkan sebelum ini bahawa Imam Ghazali rahmatullah alaih memulakan penulisannya dengan mendoakan dipanjangkan umur dalam ketaatan. Dalam hadis Rasulullah ﷺ   bersabda, “Sangat bahagia seseorang yang dipanjangkan umur dan baik amalannya.” Dan juga antara ketaatan ialah memperbanyakkan zikir: سُبْحَانَ اللّهِ وَ بِحَمْدِهِ  سُبْحَانَ اللّهِ الْعَظِيمِ yang ringan di lidah tapi berat di mizan. Maka ianya tidak seberat ibadat lain seperti solat, puasa dsb tetapi ianya adalah amalan ringan yang agung di sisi Allah سبحانه و تعالى. Sesuatu yang telah ditetapkan Allah سبحانه و تعالى boleh diubah dengan doa seperti yang disebut dalam hadis Rasulullah ﷺ. Contohnya jika seseorang berumur 60 tahun, tapi dengan doa seorang wali, mungkin umurnya boleh menjadi seh...

Sesi 1 - Daurah Kitab Ayyuhal Walad bersama Habib Kazim As-Saqqaf

Image
بسم الله الرحمن الرحيم  الحمد لله رب العالمين  اللهم صل على سيدنا محمد و على اله وصحبه وسلم Habib Kazim As-Saqqaf* Terjemahan oleh Ustaz Iqbal Al-Jauhari* Sesi 1: Sabtu 06.06.2015 Pujian kepada Allah سبحانه و تعالى, selawat dan salam kepada Rasulullah ﷺ, ahli keluarga, sahabat beliau, dan mereka yang mengikut baginda. Kitab ini penuh dengan manfaat dan faedah yang besar kepada rohani, ditulis oleh Imam Ghazali. Kitab ini ditulis khusus untuk seorang penuntut ilmu yang ingin mengetahui saripati sesuatu ilmu.  Ilmu terbahagi kepada dua - kulit dan isinya. Ilmu yang akan dibincangkan dalam kitab ini berbentuk intipati dan bukan luaran. Ilmu dalam kitab ini ialah ilmu yang beri isyarat untuk beramal. Ini adalah satu permata.  Kitab ini dimulakan dengan kalam بسم الله الرحمن الرحيم. Ini adalah untuk meniru Allah سبحانه و تعالى yang memulakan bacaan Surah dengan بسم الله الرحمن الرحيم. Sabda Rasulullah ﷺ, “Sesuatu yang tidak dimulakan den...