Posts

Showing posts with the label Zakat

Zakat Pertanian & Kepentingan Zikir & Doa - Rauhah DMC 15012018

Image
بسم الله الرحمن الرحيم الحمد لله رب العلمين اللهم صل على سيدنا محمد وعلى اله وصحبه وسلم   Habib Ali Zaenal Abidin Al Hamid Rauhah DMC 15012018 Rakaman FB LIVE Video: https://www.facebook.com/darmedia.tv/videos/1564887773600587/?hc_ref=ARRKS-6juedWI4OwQU_v1dckFvj1cPT-EgdJVNeZJHVDegHwIi06-ic3umORt8STgc4 Kitab Matan Abi Sujak m/s 43 Bab Zakat Hasil Bumi (Pertanian) Ulangkaji yang lepas - kadar zakar pendapatan 2.5%. Semua hasil pendapatan - baik daripada ternakan, pertanian, kepandaian dll, hakikatnya berpunca daripada Allah سبحانه و تعالى. Oleh sebab itu kena patuhi hukuman Allah untuk diserahkan sebahagian tertentu kepada golongan asnaf zakat. Kiraan tahun untuk keluarkan zakat kena ikut tahun hijriah, sebab semua hukum syarak adalah mengikut kiraan kalendar hijrah. Zakat tanaman terhad kepada tanaman yang menjadi makanan ruji penduduk setempat, contohnya padi, gandum, mungkin juga jagung. Waktu mengeluarkan zakat hasil bumi ialah setela...

Indahnya Syariat Zakat (3) – Tanyalah Ustaz 06.05.2012

Image
Ustaz Ahmad Husni Abdul Rahman Bacaan surah Ma’un, ayat 1-7: ‪[1] 
Tahukah engkau akan orang yang mendustakan ugama (meliputi hari pembalasan)?
 [2] 
Orang itu ialah yang menindas serta berlaku zalim kepada anak yatim,
 [3] 
Dan ia tidak menggalakkan untuk memberi makanan yang berhak diterima oleh orang miskin.
 [4] 
(Kalau orang yang demikian dikira dari bilangan orang-orang yang mendustakan ugama), maka kecelakaan besar bagi orang-orang Ahli Sembahyang -
 [5] 
(laitu) mereka yang berkeadaan lalai daripada menyempurnakan sembahyangnya; 
 [6] 
(Juga bagi) orang-orang yang berkeadaan riak (bangga diri dalam ibadat dan bawaannya),
 [7] 
Dan orang-orang yang tidak memberi sedikit pertolongan (kepada orang yang berhak mendapatnya).‬ Allah bukan saja beri kita sesuatu yang boleh menjana kehidupan di dunia, bahkan Allah juga menurunkan syariat-syariat untuk menunjukkan kita cara-cara untuk membelanjakan harta ke jalan yang Allah redhai. Allah janjikan gandaan ...

Indahya Syariat Zakat (2) – Tanyalah Ustaz 05.05.2012

Image
Ustaz Ahmad Husni Abdul Rahman Bacaan surah Al-Haj, ayat 78, yang bermaksud: Dan berjihadlah kamu pada jalan Allah dengan jihad yang sebenar-benarnya Dia lah yang memilih kamu (untuk mengerjakan suruhan agamanya); dan Ia tidak menjadikan kamu menanggung sesuatu keberatan dan susah payah dalam perkara agama, agama bapa kamu Ibrahim. Ia menamakan kamu: "orang-orang Islam" semenjak dahulu dan di dalam (Al-Quran) ini, supaya Rasulullah (Muhammad) menjadi saksi yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu, dan supaya kamu pula layak menjadi orang-orang yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang yang benar dan yang salah). Oleh itu, dirikanlah sembahyang, dan berilah zakat, serta berpegang teguhlah kamu kepada Allah! Dia lah Pelindung kamu. Maka (Allah yang demikian sifatNya) Dia lah sahaja sebaik-baik Pelindung dan sebaik-baik Pemberi pertolongan. Kita dinamakan sebagai orang Islam dan diminta menegakkan beberapa syiar Islam seperti solat, zakat dan lain-lai...