Posts

Showing posts with the label Masjid Nabawi

Mencari tempat solat di Raudhah untuk jemaah wanita.

Image
Setiap jemaah yang pernah sampai ke Masjid Nabawi pastinya tidak akan melepaskan peluang melawat makam Rasulullah SAW dan sahabatnya, Khalifah Abu Bakar dan Khalifah Umar. Di samping masuk untuk memberi salam kepada tiga pemimpim agung Islam ini, setiap yang datang pastinya tidak akan melepaskan peluang untuk berdoa di satu kawasan yang dijanjikan Nabi sebagai satu taman daripada syurga atau lebih dikenali sebagai Raudhah. Paling indah jika doa itu dapat didahului dengan solat sunat dua rakaat terlebih dahulu. Mimbar Nabi di Raudhah – sumber Google Namun, bagi yang telah berpengalaman sampai ke Madinah, anda pasti maklum yang waktu dan ruang untuk jemaah wanita melawat Raudhah agak terbatas berbanding dengan jemaah lelaki. Oleh itu daripada pemerhatian dan pengalaman saya yang sangat-sangat terbatas ini, saya ingin berkongsi sedikit panduan untuk mencari ruang agar dapat melakukan solat sunat dan berdoa di Raudhah. Pengalaman setiap orang mungkin berbeza, jadi diharapkan ap...