Posts

Showing posts with the label Ustaz Jazlan Abdullah

Sedekah & Hadiah (2) – Tanyalah Ustaz 30.01.2014

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ  Ustaz Jazlan Abdullah* Sumber asal:  Tanyalah Ustaz TV9 Bacaan ayat 261, surah Al-Baqarah: Sedekah ialah apabila kita memberi kepada orang yang memerlukan. Hadiah ialah satu perhargaan atau keistimewaan yang diberikan kepada sesiapa sahaja. Senarai soalan dan jawapan: S: Mohon ustaz nyatakan kelebihan orang-orang yang memberi sedekah? J: Antaranya ialah: Akan mendapat ganjaran daripada Allah seperti yang dinyatakan dalam ayat 261, surah Al-Baqarah. Dimurahkan rezeki. Orang yang diberi peluang bersedekah merupakan orang yang telahpun dimurahkan rezekinya, jika tidak, seseorang itu takkan mampu untuk bersedekah. Orang yang bersedekah dijanjikan Allah bahawa rezekinya akan dilipat-gandakan. Orang yang bersedekah takkan jadi orang susah, dan dijami rezekinya manakala orang yang kedekut bersedekah yang hidup susah. Kenapa? Kerana dia susah hati. Meringankan bebanan orang yang susah Dapat membina ukhuwwah da...

Hormat (1) – Tanyalah Ustaz 06.01.2014

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Ustaz Muhammad Jazlan Abdullah Bacaan surah Ali-Imran, ayat 110: Dalam Islam – hormat termasuk saling menghargai antara satu sama lain. Jika hilang hormat daripada diri kita, maka kita kan menjadi orang yang hina. Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan al-Baihaqi, “Aku ini diutuskan untuk menyempurnakan akhlak.” Jadi, Nabi Muhammad SAW adalah diutuskan untuk mengajar kesempurnaan budi pekerti kepada kita. Kita akan bincangkan 4 cabang hormat iaitu hormat kepada ibu bapa, adik-beradik, guru dan masyarakat. Hormat kepada ibubapa ialah perkara yang dituntut dalam agama juga. Sebagai ibubapa, kita sendiri ingin dihormati. Jika hormat ini hilang, keluarga akan berantakan. Jika hilang hormat pada ibu bapa, akan hilang hormat antara suami/isteri, dan antara adik-beradik. Senarai soalan dan jawapan S: Kenapa anak-anak perlu menghormati kedua ibu bapa? J: Sebenarnya kita jangan lupa yang kita juga adal...

Hormat (2) – Tanyalah Ustaz 07.01.2014

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Ustaz Muhammad Jazlan Abdullah Bacaan ayat 70 & 71, surah Al-Ahzab: Semalam telah dibincangkan tentang menghormati ibu bapa dan adik-beradik. Hari ini akan dibincangkan pula tentang hormat guru. Setiap daripada kita pernah berguru. Gurulah penyuluh kehidupan yang mengajar kita daripada tak tahu kepada tahu. Nabi Muhammad SAW sendiri berguru dengan Sy. Jibril a.s. Kesimpulan: Jaga adab dan hormat- menghormati khususnya kepada ibu bapa, adik-beradik, guru dan jiran. Jika kita menjaga empat perkara ini, inshaAllah kita akan diberi kejayaan di dunia dan akhirat. Senarai soalan dan jawapan S: Kenapa guru perlu dihormati? J: Dalam Al-Quran surah Mujadalah, ayat 11, Allah berfirman: Jadi, kita kena ingat yang Allah sebutkan bahawa orang yang berilmu diangkat kedudukannya beberapa darjat. Oleh kerana Allah mengangkat darjat orang berilmu, yakni guru, maka kita perlu menghormati mereka. Lagipun, guru merupak...

Kesan Ramadan (1) – Tanyalah Ustaz 14.08.201

Image
بسم الله الرحمن الرحيم Ustaz Jazlan Abdullah Sumber: Majalah JOM Bacaan surah Al-Anfal, ayat 2-4: Alhamdulillah, Allah izinkan kita bertemu dalam keadaan beramal kepada-Nya. Alhamdulilllah, Allah berikan nikmat Islam, iman, rezeki yang halal, kesihatan dan banyak lagi. Alhamdulillah, Allah telah beri kita kesempatan dan kesihatan untuk berada dan beribadat penuh dalam bulan Ramadan. Alhamdulillah, Allah beri kita keampunan, rahmat dan kebebasan daripada api neraka. Alhamdulillah, Allah beri kita Lailatul Qadar. Kesan Ramadan ada banyak, antaranya ialah: Lebih ketaqwaan kepada Allah – Taqwa ialah mentaati suruhan dan meninggalkan larangan Allah. Rasa nikmat dalam ibadat setelah dididik sebulan beribadat dalam bulan Ramadan Rasa diri lebih baik Lebih kasih kepada faqir dan miskin Rasa lebih bertanggungjawab mentadbir harta kita Senarai soalan dan jawapan S: Apakah kelebihan taqwa di dalam kehidupan orang mukmin? J: Mukmin ialah oran...