Hormat (1) – Tanyalah Ustaz 06.01.2014
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ
Bacaan surah Ali-Imran, ayat 110:
Dalam Islam – hormat termasuk saling menghargai antara satu
sama lain. Jika hilang hormat daripada diri kita, maka kita kan menjadi
orang yang hina.
Dalam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan
al-Baihaqi, “Aku ini diutuskan untuk menyempurnakan akhlak.” Jadi, Nabi Muhammad SAW adalah diutuskan untuk mengajar
kesempurnaan budi pekerti kepada kita.
Kita akan bincangkan 4 cabang hormat iaitu hormat kepada ibu
bapa, adik-beradik, guru dan masyarakat.
Hormat kepada ibubapa ialah perkara yang dituntut dalam
agama juga. Sebagai ibubapa, kita sendiri ingin dihormati. Jika hormat ini hilang,
keluarga akan berantakan. Jika hilang hormat pada ibu bapa, akan hilang hormat
antara suami/isteri, dan antara adik-beradik.
Senarai soalan dan
jawapan
S: Kenapa anak-anak perlu menghormati kedua
ibu bapa?
J: Sebenarnya kita jangan lupa yang kita juga adalah anak
yang sudah menjadi ibu bapa. Menghormati ibubapa ialah suruhan Allah seperti
firman-nya dalam ayat 36, surah An-Nisa’:
Mesej pertama dalam ayat ini ialah menyembah Allah Ta'ala
dan jangan menyekutukan-Nya. Oleh itu, setiap ahli keluarga perlu mengesakan
Allah dan jangan mensyirikkan-Nya dengan apa jua sekalipun. Setelah selesai
kedua perkara ini, barulah datang perkara yang ketiga iaitu menghormati
ibubapa.
Ibubapa adalah kurniaan yang besar daripada Allah Ta'ala dan
bukan kita yang memilihnya. Biasanya anak tidak menghargai ibubapa ketika
mereka hidup tetapi akan merindui mereka setelah mereka tiada lagi. Ibubapalah
yang melahir dan mengorbankan apa saja untuk membesarkan kita. Oleh itu, kita
perlu menjaga mereka ketika mereka sudah tua dan tidak lupa mendoakan mereka
sentiasa. Ibu bapa juga perlu sentiasa menyebut yang mereka sayang pada anaknya
– jgn segan-segan. Ibu bapa juga merupakan guru pertama kepada anak-anak.
S: Bagaimana untuk menyemai perasaan
menghormati ibu bapa?
J: Allah Ta'ala berpesan melalui lisan Nabi Muhammad SAW, “Kami
telah mewasiatkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada ibu bapa.” Oleh
itu:
- Ibu bapa perlu ajar anak-anak (atau cucu-cucu) agar berniat menjadi anak yang soleh dan solehah. Ramai ibu bapa yang cuma ajar anak untuk jadi doktor/guru/jurutera dsb.
- Ajar anak untuk bersabar. Bila cakap dengan anak, fokus pada satu perkara sahaja untuk satu-satu masa. Jangan campur-adukkan banyak perkara kerana ianya tidak akan beri kesan positif pada anak.
- Gembirakan hati ibu bapa dengan selalu melawat dan berhubungan dengan mereka
- Doakan diri untuk menjadi anak yang soleh dan doakan kesihatan yang baik untuk ibu bapa.
S: Mohon tip menangani anak yang tidak
menghormati ibu bapa?
J: Ada 4 perkara besar dalam menangani masalah ini. Ibu bapa
perlu…
1 ajar anak sayang ibu bapa – ajar anak cium tangan dan
peluk kita. Sebut selalu padanya yang kita sayang padanya, walaupun anak sudah
besar.
2 ajar anak untuk buat baik dan membantu kita. Kalau nak
keluar, tinggalkan kunci dalam rumah, dan minta anak ambilkan untuk biasakan
anak membantu kita. Selalu berhubung dengan mereka (telefon/sms/whatsapp dsb)
3 ajar anak agar lembut dalam percakapan dengan ibu bapa dan
orang tua. Kadang-kadang atuk nenek menyumbang untuk merosakkan anak-anak zama
sekarang. Oleh itu, atuk nenek jangan terlalu manjakan cucu sehingga semuanya
‘OK’ saja.
4 ajar anak bercakap dengan muka yang manis. Minta anak
senyum sebelum nak minta sesuatu dengan kita. Jika anak nak menangis, biarkan
dia selesai menangis dahulu, kemudian baru cakap apa yang diingininya.
5 ajar anak untuk mengorbankan hartanya. Contohnya – minta
anak keluarkan duit dia untuk belikan suratkhabar. Jangan kita hanya ajar
mereka pandai minta upah sahaja – nanti mereka hormat pada harta kita saja.
S: Apakah kesan kepada anak yang tidak
menghormati ibu bapa ?
J: Kesannya cukup besar iaitu Nabi Muhammad SAW telah
memberi amaran kepada kita iaitu antara salah satu dosa besar ialah derhaka
pada ibu bapa. Anak yang tidak menghormati ibu bapa adalah anak yang derhaka.
Ibu bapa mesti latih dan ingatkan anak agar tidak bercakap kasar dengan ibu
bapa. Selalu terjadi anak-anak menyesal bilamana ibu bapa telah meninggal
dunia. Anak, walau nakal bagaimana sekalipun, jika dia minta ampun, pasti
diampunkan ibu bapanya.
Allah akan cabut sifat soleh/solehah daripada diri anak itu
dan tinggalkan padanya sifat tidak baik. Menurut Imam Ghazali ada 4 perkara
yang menjadikan anak termasuk golongan yang menderhaka pada ibu bapa iaitu:
1 Marah kepada ibu bapa atau memandang dengan mata yang
tajam
2 Memalingkan muka daripada mereka
3 Meninggikan suara - menengking, mengkritik, rasa diri
lebih mulia daripada ibu bapa
4 Malu mengaku ibu bapa – contohnya mendahulukan ibu bapa
angkat
5 Mendahulukan orang lain - ibu bapa minta tolong, kita tak
tolong, tapi orang lain kita suka tolong
HORMAT ANTARA
ADIK-BERADIK
Ada kalanya, adik-beradik baik ketika kecil, tapi bergaduh
dan tak bertegur sapa bila telah dewasa.
S: Bagaimana cara menghormati antara
adik-beradik?
J: Nabi Muhammad SAW berpesan dalam hadis yang diriwayatakan
oleh Imam Tirmizi, daripada Sy. Anas bin Malik, Rasulullah SAW bersabda,
“Bukanlah dari golongan kami mereka yang tidak mengasihi kanak-kanak dan orang
tua.” Dalam konteks adik-beradik, yang tua perlu mengasihi yang lebih muda, dan
sebaliknya yang muda juga perlu mengasihi yang lebih tua. Sebenarnya, bukan
setakat itu sahaja, abang dan kakak juga merupakan pemimpin kepada adik-adik
yang lebih muda. Ini penting untuk menjaga keharmonian dalam rumah tangga. Ajar
anak-anak yang lebih muda untuk cium tangan abang/kakak yang lebih tua. Ketika
makan, ajar kakak/abang untuk bantu adik yang lebih muda. Ajar anak agar jangan
bergaduh sesama sendiri.
S: Bagaimana nak baikkan adik-beradik supaya
aman dan damai?
J: Cuba balik rumah nanti, tengok muka abang atau kakak –
dan anggap mereka ialah kurniaan daripada Allah. Kadang-kadang kita ambil
adik-beradik angkat dan tinggalkan adik-beradik yang Allah berikan. Kita kena
beri nilai yang tinggi pada pemberian Allah Ta'ala. Perlu ada yang mengalah –
jangan adik mengharap abang datang saja ke rumah atau memulakan minta maaf. Ajar
anak bergaul baik dengan adik-beradiknya. Jangan hina adik-beradik kita – jika
ada yang susah, kitalah yang bantu. Cara mudah – bila beli air – beri pada
abang dan ajar abang beri pada adik-adiknya. Pada hari lain, beri adik untuk
agih-agihkan pada abang/kakak pula. Barulah mereka belajar erti perkongsian
yang baik. Kadang-kadang ibu bapa sendiri yang mengajar anak-anak hidup secara
terasing – contohnya ini abang punya, itu adik punya.
Nabi Muhammad SAW berpesan, “Barangsiapa yang beriman kepada
Allah Ta'ala dan hari akhirat, hendaklah menghubungkan silaturrahim.” Oleh itu,
dalam menjaga hubungan adik-beradik, mesti byk bersabar dan jangan suka
berprasangka buruk. Sebaliknya sangka baik dan berlapang dada. Banyakkan juga
minta maaf dan bukan hanya sekali setahun saja. Sebenarnya hati abang/kakak
mudah lembut jika adik minta maaf. Adik-beradik adalah sesuatu yang kita akan
bawa dari dunia sampai akhirat.