Posts

Showing posts with the label Wirid lepas solat

Wirid Selepas Solat fardhu - Majlis Ta'lim Darul Murtadza 23.03.2012

Image
Kitab Bidayatul Hidayah m/s 55 Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid Masjid Muadz bin Jabal, Setiawangsa, KL Setelah selesai solat, ucapkan selawat kepada Nabi Muhammad SAW, istighfar 3x dan baca bacaan berikut: 1. Maknanya:  Ya ALLAH, Engkaulah tuhan kesejahteraan. Daripada-Mu datang kesejahteraan, dan kepada-Mu kembali kesejahteraan. Oleh sebab itu hidupkanlah kami dengan kesejahteraan, dan masukkanlah kami ke dalam syurga darus-salam (kampung kesejahteraan). Maha berkat Engkau ya tuhan kami yang mempunyai keagungan dan kemuliaan. 2. Ayatul Kursi: Maknanya:   Allah, tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia Yang Hidup kekal lagi terus menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tidur. Kepunyaan-Nya apa yang di langit dan di bumi. Tiada yang dapat memberi syafa'at di sisi Allah tanpa izin-Nya? Allah mengetahui apa-apa yang di hadapan mereka dan di belakang mereka, dan mereka tidak mengetahui apa-apa dari ilmu Alla...