Batasan Bersosial (2) – Tanyalah Ustaz 01.09.2012
Ustaz Haslin Baharim Bacaan surah Al-Fajr ayat 15-19: Semoga Allah memberi kita keamanan yang berkekalan, mendapat rahmat Allah dan seluruh rakyat mendapat keampunan Allah SWT. Fitrah manusia perlu hidup bermasyarakat. Manusia perlu menjaga bukan saja hubungan dengan manusia, namun hubungan Allah ljuga perlu dipelihara. Oleh itu, segala batasan yang Allah tetapkan perlu dipatuhi dalam bersosial. Kita perlu ingat yang kita akan kembali kepada Allah bila-bila masa saja. Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Dunia ini dicipta untuk manusia dan manusia pula diciptakan untuk akhirat”. Antara tip-tip bersosial menggunakan ‘Facebook’, ‘Twitter’: Jangan dedahkan aib pasangan Jangan burukkan anak-anak Ibu-ibu, adik-adik yang ustaz sayangi, jangan letak gambar yang dedahkan aurat. Jangan letak gambar yang menayang kecantikan atau keintiman suami-isteri. Jangan menipu – contohnya mengaku belum berkahwin dan sebagainya. Tujuan bersosial adalah untuk: ...