Batasan Bersosial (2) – Tanyalah Ustaz 01.09.2012


Ustaz Haslin Baharim


Bacaan surah Al-Fajr ayat 15-19:

Semoga Allah memberi kita keamanan yang berkekalan, mendapat rahmat Allah dan seluruh rakyat mendapat keampunan Allah SWT. Fitrah manusia perlu hidup bermasyarakat. Manusia perlu menjaga bukan saja hubungan dengan manusia, namun hubungan Allah ljuga perlu dipelihara. Oleh itu, segala batasan yang Allah tetapkan perlu dipatuhi dalam bersosial. Kita perlu ingat yang kita akan kembali kepada Allah bila-bila masa saja. Nabi SAW ada menyebut bahawa, “Dunia ini dicipta untuk manusia dan manusia pula diciptakan untuk akhirat”.

Antara tip-tip bersosial menggunakan ‘Facebook’, ‘Twitter’:
  • Jangan dedahkan aib pasangan
  • Jangan burukkan anak-anak
  • Ibu-ibu, adik-adik yang ustaz sayangi, jangan letak gambar yang dedahkan aurat. Jangan letak gambar yang menayang kecantikan atau keintiman suami-isteri.
  • Jangan menipu – contohnya mengaku belum berkahwin dan sebagainya.

Tujuan bersosial adalah untuk:
  • Membina keluarga yang soleh
  • Melahirkan masyarakat yang takut dan bertaqwa pada Allah

Ada tiga keadaan dibolehkan bersosial antara lelaki dan wanita:
  • Berlaku kecemasan
  • Menunaikan hajat yang menjadi keperluan – contoh seorang wanita boleh minta tolong seorang lelaki mengangkat tong gas yang berat
  • Menghadiri majlis ilmu


Senarai soalan dan jawapan:
S: Kadang-kadang lelaki dan wanita bersembang, bergurau sehinga bertepuk-tampar kerana beranggapan mereka rapat, contonya kerana telah lama berjiran. Mohon komen ustaz.
J: Sebenarnya bukannya mereka tak tahu hukum, tetapi nafsu manusia itu yang meronta-ronta untuk berbuat kemaksiatan. Bukan ustaz saja tak boleh salam perempuan, semua orang Islam tak boleh salam orang yang bukan mahramnya.

S: Mohon terangkan batasan bersosial antara wanita dan lelaki dalam bekerja. Kadang-kadang wanita dan lelaki terpaksa bergerak atau keluar bersama atas tuntutan kerja.
J: Inilah sebabnya orang atasan itu juga perlu memahami soal agama. Jika wanita dan lelaki bersama, yang ketiga antara mereka adalah syaitan. Jangan kita main-mainkan hadis Nabi SAW.

S: Malam merdeka dicemari dengan perlakuan maksiat. Bilakah masyarakat kita akan berubah?
J: Masyarakat kita memang gemar mengikut contoh tidak baik daripada orang kafir.


S: Bagaimana untuk mendidik anak remaja yang gemar mengikuti budaya bersosial Barat?
J: Pertama – ketika bawah 7 tahun, perlu bermain dengan anak. Kedua – 7 tahun kedua – perlu mengajar mereka dengan solat dan hukum-hukum agama, boleh rotan jika tidak mengikut perintah agama. Ketiga – 7 tahun berikutnya – berkawan dengan anak. Oleh sebab itu, kita tidak boleh tengking atau marah anak-anak muda. Jika buat begitu, mungkin akan lebih teruk akibatnya.

S: Bagaimana menjaga pertuturan dalam bersosial?
J: Paling penting – jangan kita merosakkan kebahagiaan hati orang lain. Ulama ada berkata – ‘Jaga lisan, akan selamatlah insan’.  Setiap orang perlu bijak menggunakan lisan dan melihat dengan siapa kita berinteraksi. Ada orang yang boleh menerima gurauan, tetapi ada juga yang mudah terasa.

S: Saya hantar anak ketika berumur 9 tahun ke tahfiz. Setelah 14 tahun, dia mula menjadi liar dan tidak mahu pergi ke tahfiz lagi. Sekarang dia duduk di rumah, namun berkawan dengan rakan-rakan yang liar sehingga tidak balik ke rumah. Puncanya bermula mungkin kerana berkawan dengan mereka yang terlibat dengan dadah. Saya sudah laporkan kepada pihak berwajib tentang kegiatan dadah tersebut.
J: Inilah yang Nabi SAW katakan bahawa seseorang itu mengikut agama rakannya. Saya nasihatkan banyakkan berdoa dan bersabar, InsyaAllah akan ada hikmahnya.

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab