Ingat Sakit Ingat Mati (2) - Tanyalah Ustaz 08.09.2012
Ustaz Halim Din
Bacaan surah Al-Munafiqun ayat 9-11:
Setiap yang bernyawa pasti akan menemui maut. Dalam ayat
tadi, Allah ingatkan agar kita tidak lalai dengan anak-pinak daripada
mengingati Allah. Setiap hari, kita perlu luangkan masa untuk mengingati Allah
dan Rasul SAW. Nabi SAW pernah bersabda yang bermaksud, “Di akhir zaman, kamu
akan dicampakkan dengan satu penyakit wahhan iaitu cintakan dunia dan benci
kematian “. Penyakit ini berbentuk
rohani dan Al-Quran adalah ubat terbaik untuk penyakit hati dan rohani.
Sakit boleh mengingatkan kita kepada 2 perkara – dosa yang
telah dilakukan dan nikmat yang tidak pernah disyukuri sebelum itu. Allah pasti
bertanya apa yang kita lakukan dengan nikmat yang telah Allah kurniakan. Nabi SAW mengatakan bahawa orang yang cerdik
ialah orang yang paling banyak mengingati mati. Hidup kita tidak lama,
gunakanlah untuk mencari bekalan untuk akhirat.
Senarai soalan dan
jawapan:
S: Biasanya bila sakit baru kita ingat mati, tetapi jika
sihat, kita lupa mati. Betulkan penyakit boleh menghapuskan dosa? Bagaimana
untuk membantu orang yang sedang menghadapi sakaratul maut?
J: Betul, berdasarkan hadis Nabi SAW yang disebut dalam
kitab Bahrul Mahzi, yang bermaksud:
” Tidaklah sesuatu musibah yang menimpa seseorang
muslim melainkan Allah menghapuskan baginya dosanya walaupun hanya dengan
kesakitan akibat terkena duri – Hadith Riwayat Al Bukhari.
Ketika berdepan dengan orang yang menghadapi sakaratul maut,
bantu dia dengan mentalkinkan sebutan ‘Lailhaillallah’.
S: Saya pernah membaca ketika sakit Allah ambil selera,
rezeki, seri wajah dan dosa. Ketika sihat semuanya dikembalikan kecuali dosa.
Mohon penjelasan ustaz. Bagaimana pula untuk menghapuskan dosa-dosa lain.
Bagaimana dengan rakan yang selalu sakit dalam perut.
J: Semua manusia pasti akan diuji, termasuklah para Nabi dan
Rasul. Melalui ujian, Allah tarik nikmat-nikmat seperti rezeki, kesihatan dan
sebagainya. Ujian Allah adalah untuk melihat adakah kita akan mengingati Allah
atau sebaliknya. Rajinlah bantu orang yang miskin dan dalam kesusahan, kerana
Nabi SAW ada bersabda yang bemaksud sedekah boleh membantu menghapuskan dosa.
Untuk mengelak sakit perut pula, pastikan baca Bismillah sebelum makan. Lebih
baik lagi baca doa pengelak santau dan sihir:
S: Kita perlu saling mengingati antara satu sama lain.
Namun, ada mereka yang rajin solat, pergi majlis ilmu dan sebagainya, namun
tidak mahu tutup aurat. Mereka beranggapan takkanlah Allah tidak melihat
kebaikannya berbanding dengan dosanya menutup aurat.
J: Perintah menutup aurat adalah wajib. Sebagaimana wanita
menjaga aurat ketika solat, begitulah juga aurat perlu dijaga ketika luar
solat.
S: Apakah tanda-tanda Allah sayang dan ingin kita kembali
kepada-Nya?
J: Musibah itu tanda Allah sayang kepada kita. Allah beri
kita sedikit penderitaan, agar ingat kembali kepada-Nya dengan mendirikan
solat. Ketika sakit, orang yang menziarah orang sakit juga dapat mengambil
pengajaran. Sealian itu, ada hadis Nabi SAW yang menyebut bahawa orang yang
menziarah orang sakit, 70 ribu malaikat akan turun dan mendoakannya.
S: Kita tahu bahawa penyakit boleh mengkhifarahkan dosa.
Bagaimana bentuk kesakitan itu?
J: Apa saja bentuk kesakitan atau penderitaan yang Allah
beri, itu adalah untuk mengkhifarahkan dosa. Dalam hadis Nabi SAW tadi, disebut
hatta jika terkena duri sekalipun.
S: Ada dua perkara yang saya nampak – bila jiran sakit, atau
buat kenduri, kita semua tak pergi. Kenapa ini berlaku sedangkan kita tahu dan
berilmu?
J: Semua umat Islam itu sebenarnya bersaudara. Orang yang
menziarahi orang sakit akan diberi rahmat dan didoakan oleh 70 ribu malaikat.
S: Mohon pandangan ustaz dengan orang tua yang lama sakit
tetapi belum mati, tetapi anak-anak dan cucu yang muda-muda lebih ramai mati
dahulu. Adakah itu sudah sampai ajal mereka?
J: Betullah, anak mudah ramai yang meninggal kerana
perbuatan sia-sia seperti merempit. Ajal maut seseorang telah Allah tentukan.
Apabila kematian berlaku, kita perlu ambil pengajaran daripadanya, bukan
sekadar melihat orang yang mati itu.
S: Apakah tanda-tanda mati dalam keadaan husnul khatimah?
J: Contohnya mati malam Jumaat, mati ketika berbuat kebaikan
contohnya ketika solat, mengaji dan sebagainya. Jika seseorang mati dan sempat
mengucap kalimah syahadah, itu juga merupakan tanda Allah merahmatinya.
Usahakan agar selalu berniat dan berbuat kebaikan. Orang yang beriman ada yang
mati dalam keadaan tersenyum seolah-olah mereka telah nampak salah satu taman
syurga ketika nyawa mereka dicabut.