Batasan Bersosial (3) – Tanyalah Ustaz 02.09.2012


Ustaz Haslin Baharim



Bacaan surah Al-Hajj ayat 41:

Alhamdulillah bertemu lagi, saya doakan semua yang mengikuti rancangan ini agar sentiasa berasa dalam kebaikan. Dalam surah As-Shams, ayat 9 dan 10, Allah berfirman:

Allah tidak pernah meninggalkan kita terumbang-ambing. Allah berikan petunjuk melalui Al-Quran dan Rasul-Nya. Manusialah yang membuat pilihan sama ada untuk mengikutinya dan bersyukur ataupun menjadi hamba yang kufur. Ramai manusia beradab dengan manusia, namun biadab dengan Allah bila mana dia tidak menghiraukan perintah dan larangan Allah.

Hasil daripada pergaulan sosial yang baik akan melahirkan anak-anak yang soleh dan manusia yang bertaqwa. Seterusnya, amanah juga dapat ditegakkan dalam masyarakat. Paling minimum, setiap lelaki merupakan pemimpin keluarganya sendiri. Oleh itu, pemimpin perlu menunjukkan teladan yang baik agar seluruh keluarganya juga boleh menjadi baik. Perangai baik bermula daripada rumah. Imam Ghazali ada mengatakan, “Sesungguhnya, rosaknya akhlak sesuatu kaum adalah kerana rosaknya akhlak pemimpin mereka”.

Satu syair Arab ada menyebut, yang bermaksud:
“Jika kamu tak mampu buat baik dengan seseorang, jangan buat jahat kepadanya.
Jika kamu tak boleh menggembirakan seseorang, jangan kamu buatnya sedih.
Jika kamu tidak bersamanya ketika dia ditimpa musibah, jangan kamu gembira dengan musibah yang menimpanya.
Jika kamu tak gembira dengan kebahagiannya, jangan kamu dengki dengan kebahagian itu.”

Dalam bersosial, seseorang perlu bersikap lemah-lembut dan berkasih-sayang, jangan berlaku biadap dan berkasar. Dalam Islam kita perlu ‘jaga tepi kain orang, cuma jangan masuk dalam kain orang’. Oleh kerana kubur lain-lainlah, kita perlu tegur sekarang ketika di dunia lagi. Orang-orang yang mengasihi orang lain, Allah akan mengasihinya pula. Jangan melampaui hak-hak yang Allah telah tetapkan. Ingatlah amaran Allah agar kita tidak tolong-menolong dalam perkara mungkar. Dalam bersosial juga perlu niat untuk mengajak orang berbuat kebaikan. Jadilah orang yang baik, bila ada disukai, bila tiada dirindui, bila mati, ditangisi. Jangan jadi orang tidak baik, bila ada dibenci, bila tiada disyukuri.

Senarai soalan dan jawapan:
S: Kami, kaum ibu ada buat marhaban pada waktu malam selepas maghrib sehingga pukul 10 malam. Ada suami yang tidak setuju kerana aktiviti itu pada waktu malam. Apa pandangan ustaz?
J: Perlu diingat, apa saja aktiviti yang isteri ingin lakukan, mesti mendapat izin suami. Tambahan pula, marhaban bukanlah sesuatu yang wajib dan tidak juga termasuk dalam perkara sunat (terdapat khilaf).

S: Kemesraan antara pekerja wanita dan lelaki sehinggakan tidak kisah bergurau, bertepuk tampar sehingga hidup seperti di rumah ada isteri, di pejabat ada ‘gilrfriend’ atau di rumah ada suami, di pejabat ada ‘boyfriend’. Mohon komen ustaz?
J: Hukum sudah jelas, tidak boleh melanggar batasan dalam pergaulan di pejabat. Tinggal saja manusia itu akan mengikut hukum yang ditetapkan atau mengikut hawa nafsunya.

S: Apakah hukum ber’couple’ dan bergayut dan bersms?
J: Ringkasnya hukumnya haram. Walaupun sudah bertunang sekalipun, tidak boleh.

S: Apakah hukum wanita yang diminta membuka aurat atas arahan majikan?
J: Jika tiada kerja lainlangsung di Malaysia ini, maka hukumnya harus. Namun, keadaan tidak seperti itu di negara kita. Masih ada terlalu banyak pilihan untuk bekerja. Jadi, hukumnya haram bekerja di tempat begitu. Jangan letak wang ringgit di hadapan hukum Allah. Begitu juga jika ada orang yang mengatakan dia terpaksa berzina untuk mencari rezeki. Padahal jika bekerja sebagai seorang ‘cleaner’ pun sudah cukup untuk menampung keperluan asas. Jangan mengejar harta dan gaji lumayan dengan cara yang Allah tidak benarkan.

S: Saya hidup dan bekerja di luar negara. Saya pernah memasak dan menjemput kawan datang ke rumah. Saya tidak minum arak, tetapi rakan-rakan akan minum arak. Kadang-kadang kami keluar ke pub tetapi saya cuma minum jus/coke. Saya pilih pub yang tiada unsur tarian atau hiburan melampaun. Apa komen ustaz?
J: Jangan biarkan suasana menguasai kita, tetapi kita yang menguasai keadaan. Inilah sifat orang yang berjaya. Hasan Al-Banna pernah berada dalam kawasan sosial yang teruk seperti pub dan wayang, dan menguasai keadaan di situ sehingga menyebabkan tempat-tempat tersebut di tutup.

S: Apakah aurat antara ipar-duai?
J: Mengikut hierarki, jika kita ditengah, semua yang diatas, kita boleh bersalaman. Semua yang melintang pula tidak boleh. (Sila rujuk grafik di atas).

S: Bolehkah jika berkawan atau  berkahwin dengan orang belum begitu baik, dengan harapan orang itu akan berubah selepas itu?
J: Untuk berkawan, Nabi dah sebut kena tengok agama seseorang. Untuk berkahwin pula, jika sudah jelas perangainya jahat seperti seorang penzina, lebih elok tinggalkan. Jika ingin berubah, berubah dahulu dan bertaubat sebelum berkahwin. Nabi SAW juga sudah berpesan untuk melihat agama seseorang sebelum berkahwin.

Popular posts from this blog

Ya Hanana - Lirik dan Terjemahan

3 Penawar Diri

Amalan Zikir Bulan Rejab