Posts

Showing posts with the label ayat untuk penyakit dalam dada

Khurafat Dalam Rawatan Penyakit (1) – Tanyalah Ustaz 13.07.2012

Image
Ustaz Sharhan Safie Bacaan surah At-'Araf ayat 54-56: Alhamdulillah bertemu pada pagi Jumaat yang penuh keberkatan. Sedikit huraian ayat: Allah SWT Maha Berkuasa menciptakan bumi, langit bulan dan bintang. Allah menyediakan keperluan yang cukup untuk manusia tingal di dunia. Namun, masih ada manusia yang menyekutukan Allah. Allah berpesan agar jangan sekali-kali kita melakukan kerosakan di mukan bumi ini. Kerosakan ini boleh ditafsirkan sebagai menyekutukan Allah dan memilih selain Allah sebagai pelindung dan penyembuh. Khurafat bererti mengambil sesuatu makhluk, mempercayai dan meyakini makhluk itu mempunyai kuasa ajaib.  Dalam konteks perbincangan hari ini, makhluk ini dipercayai boleh memberi penyembuhan kepada penyakit yang dihadapi. Khurafat banyak berlaku dalam masyarakat hari ini kerana kurangnya ilmu dan iman. Pada zaman dahulu, jika anak kecil menangis, dicari tali kasut dan digantung pada bayi dan diyakini dengan tali itu, anak kecil akan berhenti m...