Posts

Showing posts with the label Solat

Solat Musafir (2) – Tanyalah Ustaz 28.06.2012

Image
Ustaz Dato’ Abu Hassan Din Al-Hafiz Sebagai ulangkaji daripada semalam: Siapakah yang dikatakan musafir? Seseorang yang berjalan melebihi dua marhalah (92km), atas tujuan yang diharuskan, dan berniat untuk tinggal di satu tempat tidak melebihi 3 hari dan 3 malam, tidak termasuk hari sampai dan hari keluar. Tetapi jika berniat untuk tinggal lebih daripada 3 hari dan 3 malam, dia dikira musafir semasa dalam perjalanan, tetapi setelah sampai ke destinasi, dia dikira sebagai bermukim di situ. Sebagai orang bermukim, dia tidak lagi boleh mengerjakan solat jamak dan qasar. Jika dia niat untuk tinggal di situ selama-selamanya pula, dia dikira musafir semasa dalam perjalanan, tetapi setelah sampai ke destinasi, dia dikira sebagai bermastautin di situ.Sebagai orang bermastautin, dia tidak lagi boleh mengerjakan solat jamak dan qasar. Jamak bermaksud mengumpulkan dua solat dalam satu waktu. Waktu yang dibenarkan ialah waktu Zohor dan Asar atau waktu Maghrib dan Isyak. Boleh dipilih ...

Kesilapan Dalam Solat (2) - Tanyalah Ustaz 15.05.2012

Image
Ustaz Shauqi Othman Bacaan surah Al-Ankabut, ayat 45 yang bermaksud: Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. Huraian ayat: Ayat ini menceritakan perihal solat dan mengingati Allah. Allah tekankan bahawa orang yang betul-betul solat akan terpelihara daripada perbuatan fasha' dan mungkar. Tetapi mengapa ramai orang solat, namun masih buat maksiat pada Allah. Ulama membahaskan bahawa solat yang dapat memelihara manusia hanyalah solat yang Allah terima. Jadi solat tersebut perlulah solat yang didirikan dengan betul, berkualiti dan kusyuk. Jadi kita perlu memperbetulkan kesilapan yang kita lakukan dan menambah ilmu untuk memperbaiki kualiti solat. Soalan & Jawapan: S: Adakah...

Sempurnakah Solatku? - Tanyalah Ustaz

Image
Oleh Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman -  Tanyalah Ustaz 11.12.11 (bahagian 3) Rugilah mereka yang lalai dalam solat. 'Markah' solat bergantung pada kusyuk dalam solat. Sujud dalam solat merupakan waktu paling mustajab utk berdoa, bukan pada sujud rakaat terakhir sahaja. Mohon doa untuk akhirat lebih banyak daripada doa untuk dunia. Mohon doa dalam semua sujud. Kusyuk ada dua - hati & anggota. Kusyuk tak bermakna kita tak sedar tentang sekeliling kita. Ada hadis menyatakan yang Nabi sedar Aisyah balik ke rumah ketika Nabi solat. Nabi juga sedar ketika cucunya panjat ke atasnya ketika Nabi sujud.   Ketika solat perlu ingat Allah kerana solat itu untuk mengingati Allah. Jika ada masalah mohon pertolongan Allh dengan sabar dan solat. Jika susah nak dapat kusyuk, ada beberapa perkara yang kita perlu betulkan: 1. Bersihkan aqidah - Jangan terlibat dengan dosa syikrik. Orang yang pergi jumpa bomoh saja tak diterima solatnya selama 40 hari. Budaya tangkal, percaya pada tarikh...