Sempurnakah Solatku? - Tanyalah Ustaz
Oleh Ustaz Dr. Zaharuddin Abdul Rahman - Tanyalah Ustaz 11.12.11 (bahagian 3)
Rugilah mereka yang lalai dalam solat. 'Markah' solat bergantung pada kusyuk dalam solat.
Sujud dalam solat merupakan waktu paling mustajab utk berdoa, bukan pada sujud rakaat terakhir sahaja. Mohon doa untuk akhirat lebih banyak daripada doa untuk dunia. Mohon doa dalam semua sujud.
Kusyuk ada dua - hati & anggota. Kusyuk tak bermakna kita tak sedar tentang sekeliling kita. Ada hadis menyatakan yang Nabi sedar Aisyah balik ke rumah ketika Nabi solat. Nabi juga sedar ketika cucunya panjat ke atasnya ketika Nabi sujud.
Ketika solat perlu ingat Allah kerana solat itu untuk mengingati Allah. Jika ada masalah mohon pertolongan Allh dengan sabar dan solat. Jika susah nak dapat kusyuk, ada beberapa perkara yang kita perlu betulkan:
1. Bersihkan aqidah - Jangan terlibat dengan dosa syikrik. Orang yang pergi jumpa bomoh saja tak diterima solatnya selama 40 hari. Budaya tangkal, percaya pada tarikh2 tertentu, tempat tertentu, ramalan 2 ghaib banyak berlaku dalam masyarakat kita, ini termasuk syirik. Termasuk anggapan2/ kepercayaan seperti kalau barang pecah nak berlaku perkara buruk dsb.
2. Bayangkan ketika solat kita berhadapan dgn Allah, CEO dunia akhirat.
3. Jaga rezeki yang kita dapat - elakkan riba, claim yang tak jujur dsb. Rezeki haram akan sukarkan kita kusyuk. Jika kita kusyuk pada awal sahaja, cuba baca Auzubillah..
4. Pastikan dalam rumah tiada benda2 yang menjauhkan dari Allah seperti patung2, gambar2 tak elok dsb.
Untuk perbincangan lanjut: www.zaharuddin.net
Untuk rujukan lajut: Buku 'Formula Solat Sempurna' oleh Dr Zaharuddin Abdul Rahman terbitan Telaga Biru.
Soalan & Jawapan:
S: Semasa iktidal bolehkah menggaru dan kemudian sambung solat?
J: Gerakan kecil - ada ikhtilaf antara mazhab. 3 mazhab lain kata tak batal pun, cuma mazhab Syafie yang tegas dalam hal ini dan hadkan 3 gerakan berturut2. Gerakan ini gerakan yang besar. Gerakan kecil seperti jari sahaja dibolehkan. Tapi gerakan yang banyak menjadi tanda tidak kusyuk
S: Untuk mendapatkan kusyuk, saya pejam mata, apa hukumnya?
J: Ada yang kata hukumnya makruh. Imam Nawawi kata boleh jika tidak melalaikan hati. Ada hadis Nabi mengarahkan kita bunuh kala jengking dan ular walaupun tengah solat - jadi secara tak langsung menyatakan kita perlu buka mata. Ini perkara khilaf, jadi terpulanglah, yang penting jangan lalai dalam solat.
S: Saya selalu was2 sehingga baca Fatihah dengan kuat, apa hukumnya?
J: Boleh baca dengan jelas tapi jangan sampai kuat sangat sampai menyalahi tunjuk ajar Nabi.
S: Jika pakai maskara kalis air, bagaimana hukum ambil wuduk?
J: Wuduk perlukan air sampai ke wajah, jadi perlu buang segala make-up terlebih dahulu.
S: Bagaimana solat masbuk ketika solat jumaat.
J: Jika dapat satu rakaat, dapat solat jumaat sekali. Tapi kalau masuk jemaah ketika dah tahiyyat akhir, tak dapat, kena solat zohor.
S: Bagaimana nak solat jika berlaku kesesakan jalan raya?
J: Jika tak tahu, dan tiada keupayaan berkenti, maknanya tak sengaja jadi kena qada'. Tapi kalau dah boleh agak kesesakan akan berlaku, wajib solat dulu sebelum memulakan perjalanan.
S: Bila waktu akhir solat isyak?
J: Betul ada pandangan mengatakan solat isyak berahkir pada tengah malam,tapi mazhab syafie menyatakan waktu isyak tak habis selagi belum masuk waktu subuh. Tapi orang yang solat akhir waktu itu sifat orang munafik kecuali kalau nak sekalikan dengan solat sunat tahajud.
S; Bacaan tahiyyat yang betul?
J: Tahiyyat akhir bacaan wajib - At-tahiyyat tul ..perlu betulkan bacaan kerana ia rukun solat.
S: Imam batal ketika rukuk/sujud, bagaimana untuk ganti?
J: Jika berlaku, jika tak boleh gerak, kita tak perlu ke depan. Imam akan keluar dan cuit orang utk ganti. Orang yang mengganti cuma perlu kuatkan suara dulu, kemudian bila dah bangun baru gerak ke depan.
S; Jika mula solat pada umur 30thn, perlukah qada' selama tak solat sebelum itu?
J: Ulama berbeza pandangan. Yang utama perlu bertaubat yang sebenar-benarnya. Kemudian ada yang menyatakan wajib qada' semua. Tapi banyak sangat, jadi ada pendapat kedua cuba qada' semampu mgkin - contoh qada satu waktu pada setiap waktu, dengan harapan jika tak sempat qada' semua pun semoga Allah melihat kesungguhan kita dan mengampunkan kita. Pendata ketiga menyatakan tak perlu qada'. Saya setuju dengan pendapat kedua kerana solat-solat yang ditinggal itu menjadi hutang kepada Allah, dan hutang wajib dibayar.