Posts

Showing posts with the label Pekerjaan sebagai ibadah

Sukarkah Ibadah? (3) – Tanyalah Ustaz 16.09.2012

Image
Ustaz Komander Maritim Nik Kamaruddin Yunoh Bacaan surah As-Saaf, ayat 8-11: Hari ini untuk menunjukkan kecintaan kepada negara. Hari ini juga hari Angkatan Tentera Negara. Nabi SAW mengatakan ada dua mata yang tidak akan disentuh api neraka – mata yang menangis kerana takutkan azab Allah dan kedua – mata yang menjaga persempadanan dan keselamatan negara. Namun, untuk menjadikan pekerjaan itu sebagai ibadah, mestilah memenuhi 5 syarat: Niat kerana Allah Pekerjaan yang dibenarkan syarak Perlaksanaanya mengikut syarak Tujuan mengikut syarak Tidak meninggalkan ibadah wajib Hasan Al-Basri ada berkata – ada dua titisan yang Allah sangat cintai Allah iaitu:  Pertama: titisan air mata di malam yang gelap untuk menangisi dosa, bertaubat  dan mengingati Allah. Sebenarnya untuk bangun menangisi dosa ini tidak susah pun dan tidak perlu berwudhuk. Wudhuk itu untuk solat, tanpa solat sekalipun kita masih boleh muhasabah diri dan bertaubat ke...