Posts

Showing posts with the label Ustaz Shauqi Othman

Cantik Yang Beracun (2) - Tanyalah Ustaz 25.06.2013

Image
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ Ustaz Dr. Sukki Othman Bacaan surah Ali-Imran, ayat 14: Manusia memang dijadikan tertarik kepada wanita, anak-anak, harta benda di dunia. Namun Allah ingatkan bahawa kehidupan dunia ini sementara saja dan manusia tidak sepatutnya terpedaya dan melupakan kehidupan akhirat. Ada ulama mengatakan bahawa ‘shahwat’ dalam ayat ini merujuk kepada perkara yang boleh menjadi hijab dengan Allah. Senarai soalan dan jawapan S: Adakah dibenarkan mencari jodoh dengan wanita yang cantik? J: Fitrah manusia memang sukakan sesuatu yang cantik. Tetapi dalam mencari jodoh, Nabi SAW mengajarkan agar melihat kepada kecantikan, harta, keturunan dan agamanya. Jika dapat keempat-empatnya itu memanglah yang terbaik. Jika tidak dapat, Nabi SAW mengajar mengutamakan yang beragama. Kecantikan fizikal akan hilang juga suatu hari nanti, tetapi kecantikan agama akan mewujudkan kecantikan akhlak dan membawa kebahagiaan...

Cantik Yang Beracun (1) - Tanyalah Ustaz 24.06.2013

Image
بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ Ustaz Dr. Sukki Othman Bacaan surah At-Taubah, ayat 24: Ayat ini menyatakan bahawa jika kita melebihkan kasih-sayang kepada keluarga dan kebendaan daripada berjihad di jalan Allah, maka Allah akan murka. Para ulama mengatakan bahawa ayat ini diturunkan kepada orang yang enggan berhijrah ke Madinah. Mereka telah dihasut syaitan yang menjadikan keluarga dan harta milik mereka kelihatan lebih cantik daripada ganjaran Allah kepada orang yang berhijrah. Senarai soalan dan jawapan S: Apakah yang dimaksudkan dengan “Allah itu cantik dan Allah suka kepada kecantikan”? J: Ini berdasarkan hadis Nabi SAW riwayat Muslim. Dalam satu kisah, seorang yang selekeh berjumpa Nabi SAW. Lalu Nabi SAW bertanya, “Adakah kamu mempunyai harta?” Jawabnya, “Ya, Allah mengurniakan padaku harta dalam bentuk unta, kambing dll”. Kemudian, Nabi SAW menyambung, “Tunjukanlah nikmat Allah itu pada diri kamu”. Dengan kata lain, Nab...

Nabi Isa a.s. (1) – Tanyalah Ustaz 17.09.2012

Image
Ustaz Syauqi Othman Bacaan surah Ali-Imran ayat 45-47: Nabi Isa dilahirkan tanpa bapa. Mariam sendiri susah hati ketika diberitakan bahawa dia akan melahirkan seorang putera. Inilah bukti kekuasaan Allah yang boleh menjadikan sesuatu yang tidak logik pada pemikiran kita. Kita wajib beriman dengan kejadian ini kerana Allah sebut cerita ini di dalam Al-Quran dan Nabi Isa termasuk dalam 25 Rasul yang wajib kita beriman dengannya. Senarai soalan dan jawapan: S: Bagaimana Nabi Isa dilahirkan? J: Dalam ayat 59, surah Al-Imran, Allah sebut bahawa perbandingan Nabi Isa adalah seperti Nabi Adam yang Allah jadikan daripada tanah. Nabi Adam tiada ibu atau bapa dan dijadikan hanya daripada tanah. S: Adakah Nabi Isa termasuk dalam golongan Rasul Al-Azmi? J: Ya. Maksud Al-Azmi adalah mereka yang mempunyai kecekalan yang sangat hebat kerana menghadapi ujian yang sangat besar. Mereka ada 5 iaitu Nabi Nuh, Nabi Musa, Nabi Isa, Nabi Ibrahim dan Nabi Muhammad SAW. S: Apakah...

Kesilapan Dalam Solat (2) - Tanyalah Ustaz 15.05.2012

Image
Ustaz Shauqi Othman Bacaan surah Al-Ankabut, ayat 45 yang bermaksud: Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran, dan dirikanlah sembahyang (dengan tekun); sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedahnya dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan. Huraian ayat: Ayat ini menceritakan perihal solat dan mengingati Allah. Allah tekankan bahawa orang yang betul-betul solat akan terpelihara daripada perbuatan fasha' dan mungkar. Tetapi mengapa ramai orang solat, namun masih buat maksiat pada Allah. Ulama membahaskan bahawa solat yang dapat memelihara manusia hanyalah solat yang Allah terima. Jadi solat tersebut perlulah solat yang didirikan dengan betul, berkualiti dan kusyuk. Jadi kita perlu memperbetulkan kesilapan yang kita lakukan dan menambah ilmu untuk memperbaiki kualiti solat. Soalan & Jawapan: S: Adakah...