Posts

Showing posts with the label Dr. Zulkifli Al-Bakri

Agama ini agama kasih-sayang -> pelajari dan sebarkannya - MTDM 29.08.2014

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم Tausiyah 1: Dr Zulkifli Al Bakri Sumber rakaman MTDM Pertamanya mari kita sama-sama merafakkan setinggi-tinggi kesyukuran atas kurniaan pelbagai ilmu, nikmat dan sebagainya. Kata Al-Imam Al Syatibi, Allah kurniakan kepada kita 2 nikmat, satu disebut sebagai usulul ni ’ am, iaitu nikmat-nikmat asas yang utama, dan satu lagi disebut furuu; ni ’ am, iaitu nikmat cabangan. Maka salah satu nikmat yang terbesar itu ialah nikmat ilmu, nikmat kita hadir dalam majlis ilmu, kita bersua dengan masyaikhuna daripada jauh dan dekat, kita melazamah ilmu yang sudah menjadi sebati di kalangan para salafussoleh, para ulama di sepanjang zaman. Maka, beruntunglah bagi siapa melazimi ilmu sebagaimana yang dilakukan oleh orang-orang yang hebat di zaman dahulu. Menuntut ilmu, mengkaji ilmu, mempelajari ilmu daripada satu lembaran kepada satu lembaran, dan mengambil faedah daripada...