Posts

Showing posts with the label Ustaz Mohd Elyas bin Ismail

Kelebihan Sabar (1) – Tanyalah Ustaz 11.02.2013

Image
Ustaz Mohd Elyas Ismail Bacaan ayat 153-157, surah Al-Baqarah: Alhamdulillah kita diberi peluang bertemu dalam majlis ilmu. Kalau Allah ingin beri kebaikan kepada kita, Allah akan fahamkan kita tentang agama. Kita akan diberi rasa seronok menghadiri majlis ilmu. Sifat sabar itu senang diungkap, tapi amat payah dilaksanakan. Dalam ayat yang dibacakan tadi ada beberapa pengajaran yang boleh diambil: untuk mohon pertolongan Allah, mesti sabar dan diiringi dengan solat orang yang mati syahid itu hidup di sisi Allah Allah akan uji dengan perasaan takut Allah akan uji dengan perasaan lapar – Kata seorang ulama, untuk mengetahui peribadi seseorang, lihatlah perangainya ketika dia lapar. Allah akan uji dengan kehilangan harta Allah ajar untuk mengucapkan “Innalillahi wainna ila hiro ji'un” ketika menghadapi musibah. Untuk mendapat hidayah, mesti mempunyai perasaan sabar. Senarai soalan dan jawapan S: Apakah yang dimaksudkan dengan sabar? J: Allah...

Kelebihan Ikhlas (2) - Tanyalah Ustaz 22.01.2013

Image
Ustaz Mohd Elyas bin Ismail Orang yang ikhlas itu bebas – tak peduli apa orang kata dan mengharapkan redha Allah semata-mata. Ikhlas lawannya riak. Riak dan takabbur akan merosakan amal ibadat yang dilakukan. Sifat-sifat orang yang riak ialah: 1 tangkas beribadat bila ada ramai orang, tapi malas beribadat bila orang tiada 2 menambah ibadat apabila dipuji orang 3 meninggalkan ibadah apabila dikeji orang Nak tahu kita ikhlas atau tak – cuba tengok cara kita beribadah bila bersendirian. Senarai soalan dan jawapan: S: Bagaimana nak menghadirkan rasa ikhlas dalam ibadat? J: Kita takut amalan jika kita tak dipandang Allah. Sebenarnya, puasa adalah ibadah yang boleh melatih kita untuk ikhlas kerana ianya adalah satu ibadah yang tidak boleh dilihat orang. Nabi SAW ada bersabda bahawa barangsiapa yang berpuasa bersungguh-sungguh, maka akan diampunkan dosa-dosanya (yang kecil). Ulama ada mengatakan ada 3 peringkat gangguan orang beribadat: berasa riak pada a...