Posts

Showing posts with the label Jakim

Makanan Shubhah (2) - Tanyalah Ustaz 20 Ramadhan 1433H (09.08.2012)

Image
Ustaz Mohd Amri Abdullah Bacaan ayat 172 surah Al-Baqarah: Alhamdulillah kita telah masuk ke fasa ketiga bulan Ramadhan yang dijanjikan dengan pembebasan daripada neraka. Perbincangan kita hari ini juga berkait rapat dengan neraka seperti mana ynag disebut dalam sebuah hadis Nabi SAW yang bermaksud: “ Setiap daging yang tumbuh daripada makanan (sumber) yang haram, maka api nerakalah yang paling layak baginya.” Nabi SAW juga menyuruh agar kita meninggalkan perkara-perkara syubhah demi menjaga iman dan taqwa. Senarai soalan & jawapan: S: Apakah senarai ramuan kritikal dalam makanan yang perlu diketahui umat Islam? J: Jika makanan itu jelas daging khinzir, mudah untuk kita bezakan dan jauhi. Namun, teknologi makanan hari boleh mengubah bentuk fizikal asal sesuatu sehingga kita tidak berupaya lagi mengenalinya. Antara bahan kritikal adalah penambah perisa atau emulsifier yang begitu meluas penggunaanya. Dalam hampir setiap label makanan, terkandung perkat...

Daging Haram 1 - Tanyalah Ustaz 11.04.2012

Image
Ustaz Mohd Amri Abdullah Apa makna daging haram? Yang disembelih tanpa menyebut nama Allah Kesan makan daging haram - daging kita menanggung kesan haram, sepertimana sabda Nabi, jika sumber makanan kita haram, maka daging yang tumbuh itu nerakalah yang paling layak untuknya. Haiwan yang halal ada cara sembelihan tertentu mengikut Islam. Sembelihan ertinya dari segi makna bermaksud mengeluarkan kotoran. Jadi bukan sekadar orang Islam buat sembelihan, namun agama/bangsa lain juga melakukan penyembelihan. Makna dari segi Islam - menyembelih binatang dengan memutuskan urat-urat tertentu (urat marik, urat darah di kiri dan kanan, halkum), dilakukan menggunakan pisau tajam, dilakukan oleh orang Islam dengan meneyebut nama Allah. Rasa was-was ada tiga kategori: 1. Kalau dalam bab makanan - makanan yang jelas haram tapi bila dibisik syaitan, tergugat dan rasa halal pula. Hukumnya yang pertama iaitu haram. 2. Kita rasa halal, tapi kerana ada perkara-perkara tertentu buat kita rasa...