Posts

Showing posts with the label Kepentingan taubat dan bersuci

Kesucian Dituntut Islam (1) - Tanyalah Ustaz 7 Ramadhan 1433H (27.07.2012)

Image
Ustaz Erfino Johari Bacaan ayat 19-26, surah Al-Anbiya: Potongan ayat 222, surah Al-Baqarah: Allah sangat menyukai orang yang bertaubat dan mensucikan diri. Dalam ayat ini, Allah gandingkan perkataan taubat dengan kesucian. Ini menunjukkan yang kedua-duanya perlu dilakukan serentak sepertimana digandingkan dalam ayat lain dalam Al-Quran, contohya ‘dirikan solat dan keluarkanlah zakat’, ‘taatlah kamu kepada Allah dan patuhilah Rasul’, dan ‘hendaklah kamu bersyukur kepada Allah dan berbuat baik kepada kedua ibu bapa kamu’. Inilah gaya bahawa Al-Quran yang banyak kita temui. Ini menunjukkan bahawa perbuatan taubat perlu disekalikan dengan perbuatan mensucikan diri. Mensucikan diri adalah kembali kepada Allah. Zikir mudah untuk mensucikan diri ialah “Subhanallah”. Oleh itu fokus perbincangan selama 2 hari ini adalah cara untuk bertaubat dan mensucikan diri. Perjalan mensucikan diri merupakan proses yang berterusan. Oleh itu, jika tersilap atau membuat dosa, ...