Posts

Showing posts with the label ucapan salam yang betul

Islam Itu Indah (2) – Tanyalah Ustaz 4 Ramadhan 1433H (24.07.2012)

Image
Ustaz Dato' Abu Hassan Din Al-Hafiz Bacaan ayat 77, surah Al-Qasas: Islam merupakan agama samawi yang diturunkan untuk menjadikan manusia itu hebat. Ada 4 perkara penting yang Allah nyatakan dalam ayat yang dibacakan tadi: Kita hidup di dunia sebagai peluang untuk mencari kebaikan untuk akhirat. Nabi SAW berkata bahawa dunia adalah ‘ladang’ untuk bercucuk tanam dan hasilnya akan kita kutip di akhirat nanti. Allah mengingatkan agar kita tidak lupa kehidupan di dunia. Kita dibenarkan mencari kekayaan dan kebahagiaan asalkan tidak melanggar syariat yang telah ditetapkan. Jika kita berharta, jangan pula kita jadi bongkak seperti Qarun. Harta perlu dijadikan sebagai alat untuk kita membuat kebaikan di dunia. Berbuat baik kepada semua makhluk, tak kira manusia, haiwan atau alam. Islam juga mengajar agar kita membuat kebaikan kepada orang yang buat jahat pada kita. Inilah indahnya Islam. Contohnya, Nabi SAW selalu disakiti oleh bapa saudaranya, Abu Lahab. Namun Nabi SAW te...