Posts

Showing posts with the label Ustaz Mohd Fauzi Mustafa

Haji Mabrur (2) – Tanyalah Ustaz 23.10.2012

Image
Ustaz Mohd Fauzi Mustafa Bacaan surah Al-Baqarah, ayat 197: Ketika berada di Mekah janganlah merungut jika makanan tidak sedap. Kita pergi untuk mengerjakan haji, bukannya untuk makan. Imam Nawawi dan Imam Ghazali mengatakan untuk mendapatkan haji mabrur, sebelum pergi haji seseorang perlu: Bertaubat kepada Allah dengan segala dosa yang pernah dilakukan. Jika contohnya jika pernah tinggal solat, puasa, bertaubat dan qadhalah semampunya. Lebih baik melazimkan beristighfar memohon keampunan daripada mengamalkan zikir-zikir lain. Minta maaf dengan ibu bapa, suami/isteri, anak-anak, keluarga, rakan-rakan dan masyarakat sekeliling.  Langsaikan hutang jika ada, kecualilah hutang yang dibayar ansuran seperti rumah atau kereta. Tinggalkan nafkah yang secukupnya bagi keluarga yang ditinggalkan. Jika ibu bapa masih hidup, mintalah doa keredhaan daripada mereka. Untuk haji sunat, wajib minta izin ibu bapa, tetapi tidak untuk haji wajib. Pastikan sumber rezeki halal 100...

Haji Mabrur (1) - Tanyalah Ustaz 22.10.2012

Image
Ustaz Mohd Fauzi Mustafa Bacaan surah Al-Hajj, ayat 27-18: Haji mabrur memerlukan ketabahan untuk mencapainya dan menjadi idaman setiap orang yang mengerjakan ibadat haji. Marbrur berasal daripada perkataan 'bir' yang bermaksud baik. Oleh itu, haji mabrur, mengikut Ibnu Qoluyah, adalah haji yang diterima Allah Taala. Ada juga ulama mengatakan bahawa haji mabrur adalah haji yang tidak dinodai walau sedikit pun dengan dosa. Oleh itu, ianya tidaklah begitu mudah untuk diperolehi. Allah berfirman yang bermaksud bahawa orang yang tidak mendapat haji mabrur sekadar pergi ke Mekah untuk melancong sahaja. Tiada seorang pun yang boleh mengetahui dengan yakin bahawa hajinya mabrur atau tidak. Oleh itu, kita tidak boleh sewenang-wenangnya menuduh haji seseorang itu tidak mabrur. Walaubagaimanapun ada beberapa tanda haji mabrur: Setelah pulang, seseorang itu tidak suka lagi kepada maksiat yang pernah dilakukannya sebelum menunaikan haji. Setelah pulang, sesorang ...

Doa Makbul (2) - Tanyalah Ustaz 03.05.2012

Image
Ustaz Muhamad Fauzi Bin Mustaffa Bacaan surah Al-Anbiya', ayat 89-90, bermaksud: [89] Dan (sebutkanlah peristiwa) Nabi Zakaria, ketika ia merayu kepada Tuhannya dengan berkata: “Wahai Tuhanku! Janganlah Engkau biarkan daku seorang diri (dengan tidak meninggalkan zuriat); dan Engkaulah jua sebaik-baik yang mewarisi”. [90] Maka Kami perkenankan doanya, dan Kami kurniakan kepadanya (anaknya) Yahya, dan Kami perelokkan keadaan isterinya yang mandul, (untuk melahirkan anak) baginya. (Kami limpahkan berbagai ihsan kepada Rasul-rasul itu ialah kerana) sesungguhnya mereka sentiasa berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan, dan sentiasa berdoa kepada kami dengan penuh harapan serta gerun takut; dan mereka pula sentiasa khusyuk (dan taat) kepada Kami. Pengajaran daripada ayat: Nabi pun berdoa, inikan pula kita yang serba kekurangan. Adab-adab berdoa: Menggunakan suara yang perlahan, biar telinga kita saja yang dengar. Doa secara rahsia adalah lebih baik 70x dar...