Puasa Sunat Syawal (1) – Tanyalah Ustaz 22.08.2012
Ustaz Dato’ Abu Hassan Din Al-Hafiz Bacaan surah Al-Baqarah, ayat 183: Ayat yang dibacakan merupakan ayat yang memfardhukan ibadah puasa kepada umat Islam. Ayat ini turun di bulan Syaaban, tahun kedua Hijrah. Apabila Nabi SAW memberitahu tentang puasa fardhu, lalu sahabat bertanya adakah puasa sunat? Nabi SAW pun menjawab ada, dan salah satu daripadanya ialah puasa sunat Syawal. Jika kita tunaikan puasa enam, tak perlu lagi kita puasa seperti Nabi Daud iaitu puasa selang sehari, kerana kita mengikut syariat Nabi Muhammad SAW. Senarai soalan dan jawapan: S: Apakah kelebihan puasa enam Syawal? J: Pada dasarnya, ibadat sunat jika dibuat dapat pahala dan ditinggalkan tidak berdosa. Namun ulama tasawwuf yang membincangkan kelebihan ibadat mengatakan puasa enam mempunyai kedudukan istimewa dalam Islam kerana ianya digandingkan bersama bulan Ramadhan. Sesiapa berpuasa Ramadhan, dan diikuti enam hari di bulan Syawal, kita dianggap berpuasa sepanjang tahun...