Posts

Showing posts with the label Fiqh Al-Sirah

Fiqh Al-Sirah #63 - Perjanjian Al-Hudaibiyah

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid @IKIM fm Perjanjian Al-Hudaibiyah Tempat berlakunya Perjanjian Hudaibiyah.  Sumber gambar: Abdul Latip Talib Sumber audio asal Fiqh Al-Sirah #63 Dalam siri lalu telah dibincangkan muqaddimah berlakunya perdamaian Al-Hudaibiyah. Orang tengah yang dihantar oleh kaum musyrikin untuk bertemu Rasulullah SAW dan menyampaikan hasrat mereka ialah Urwah bin Mas’ud Al-Saqafi. Selepas kembali daripada pertemuan dengan Rasulullah SAW, Urwah bin Mas’ud Al-Saqafi menceritakan, “Demi Allah, saya tidak melihat Rasulullah SAW meludah, kecuali bilamana ludah itu jatuh ke tangan salah seorang sahabatnya, maka sahabat itu akan mengambil ludah dan mengusapnya pada wajah dan kulit badannya. Kalau Rasulullah menyuruh sesuatu, maka mereka bersegera melakukannya. Jika berwudhuk, mereka hampir berselisih untuk mengambil bekas air wudhuk Nabi SAW. Jika kaum muslimin berbicara di hadapan Rasulullah,...

Fiqh Al-Sirah #60 – Rentetan Perang Khandaq (Perang Ahzab)

Image
بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ Habib Ali Zaenal Abidin bin Abu Bakar Al-Hamid Sumber audio di Youtube:  Fiqh Al-Sirah #60 Masjid Khandaq yang dibina untuk memperingat Perang Khandaq Dalam siri lalu telah dibincangkan sebab terjadi perang Khandaq yang berlaku pada tahun ke-5H pada bulan Syawal. Sebabnya kerana dasar hasad dengki kaum Yahudi daripada Bani An-Nadir yang menghasut kaum Quraisy untuk mengumpulkan kekuasaan dengan bani-bani lain untuk mengkhianati perjanjian Yahudi dengan Rasulullah SAW. Mereka memberi tekanan yang hebat kepada orang muslimin dengan mengepung mereka dari berbagai arah. Tetapi Allah SWT mempunyai pentadbiran-Nya sendiri dan mengkehendaki sesuatu lain yang berlaku. Ini sesuai dengan sabda Rasulullah SAW, “Orang bilamana bergabung dengan pihak mana-mana untuk mendatangkan manfaat, tidak akan dapat mendatangkan manfaat kecuali bila Allah mengkehendakinya. Dan bilamana ramai bergabung untuk mendatangkan kemudaratan, tidak akan dapat mendat...

Fiqh Al-Sirah #71 - Perang Muktah

Image
بِسْمِ   اللّهِ   الرَّحْمَنِ   الرَّحِيْمِ Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar Al-Hamid Perang Muktah Berlaku pada tahun 8 Hijrah, selepas umrah Qada’. Perjanjian Hudaibiyah berlaku pada tahun ke-6, dan Nabi SAW mengqada umrah pada tahun ke-7H. Muktah ialah tempat berdekatan dengan Syam, sekarang lebih dikenali denagn nama Kirk, di Jordan. Kawasan itu dibina tugu yang menceritakan sebab kejadian, dan siapa yang syahid dalam perang itu. Hingga hari ini, kawasan ini masih ada untuk diziarahi. Perang ini berlaku kerana pengkhianatan Raja Busyra, yang membunuh seorang utusan Baginda SAW iaitu Al-Harris ibni Umair Al-Azadi. Ini merupakan satu pengkhianatan kerana undang-undang peperangan ketika itu juga tidak membenarkan utusan dibunuh. Nabi SAW ingin menuntut darah daripada Al-Harris dan meminta diserahkan pembunuhnya tetapi tidak dihantra. Maka, baginda menghantar seramai 3000 orang tentera dengan 3 orang ketua. Pasukan tentera itu terdiri daripad...